Anda sedang bercadang untuk beli rumah pertama tapi tidak tahu cara-caranya?
Setiap orang yang merancang untuk membeli rumah buat kali pertama pasti mempunyai seribu satu persoalan yang timbul di minda mereka. Dengan komitmen lain yang anda harus berikan perhatian, semestinya anda mahu yang terbaik untuk rumah anda.
Di sini kami kongsikan kepada anda 13 tips untuk memudahkan anda beli rumah pertama anda.
13 Tips Beli Rumah Pertama
1. Kaji Hartanah dan Perumahan di Malaysia
Ini adalah perkara pertama yang anda perlu buat di mana anda perlu membuat sedikit kajian tentang hartanah di Malaysia. Ini termasuk mengkaji perbezaan jenis rumah dan pinjaman bank serta kadar faedah pinjaman yang ditawarkan.
Selain itu, anda perlu menyelidik rekod pemaju hartanah untuk mengelakkan rumah anda menjadi projek terbengkalai.
2. Rumah Yang Padan Dengan Pendapatan
Individu yang ingin membeli rumah dinasihatkan untuk tidak memperuntukkan ansuran pinjaman bulanan rumah lebih dari satu pertiga dari pendapatan isi rumah.
Sebagai contoh, jika gabungan pendapatan anda dan pasangan adalah RM6,000, maka pembayaran rumah mesti tidak lebih dari RM2,000.
3. Jadikan Rumah Pertama Sebagai Rumah Pelaburan
Anda boleh menjadikan rumah pertama yang dibeli sebagai rumah pelaburan. Dengan menjadikan ia rumah sewa, anda boleh menjana duit poket tambahan setiap bulan.
Jika anda sudah berkeluarga dan keperluan rumah lebih penting, mungkin anda perlu mencari rumah kedua pula sebagai rumah pelaburan.
4. Mesti Ada Pendapatan tetap
Memiliki pendapatan yang tetap adalah penting sebagai syarat untuk memiliki rumah pertama.
Ini akan memudahkan anda untuk membuat pembayaran balik pinjaman perumahan. Selain itu, caruman KWSP daripada gaji anda dapat digunakan untuk membuat permohonan rumah nanti.
5. Jangan Terpedaya dengan ‘Cash Rebate’
Istilah ‘cash rebate’ sememangnya mengujakan bagi kebanyakan orang.
Usah mudah percaya kerana kesemua kos berkenaan sudah termasuk di dalam harga rumah. Lakukan kaji selidik terlebih dahulu.
6. Buat Kerja Sambilan
Kalau anda mendapat duit nafkah dari suami (contohnya) atau ada perniagaan kecil-kecilan, pastikan ada transaksi teratur melalui akaun bank, atau pastikan anda mempunyai bukti rekod cukai.
7. Akaun Kedua KWSP
Terdapat sebilangan dari kita yang mungkin mengambil masa yang agak lama bagi mengumpul wang untuk membeli rumah.
Sebenarnya, anda boleh mengeluarkan sejumlah wang daripada akaun kedua KWSP untuk membeli rumah.
8. Periksa Status CCRIS Dan CTOS
Periksa status kredit anda di Sistem Maklumat Rujukan Kredit Sentral (CCRIS) atau Agensi Pelaporan Kredit (CTOS) untuk melihat tunggakan pinjaman peribadi, kad kredit, sewa beli dan status muflis.
9. Rumah Kecil Pun Ok!
Nak beli rumah tak semestinya bermula dengan banglo yang dilengkapi dengan reka bentuk moden dan perabot mahal.
Ubah mentaliti ini. Tiada masalah dengan membeli rumah kecil dahulu kerana harga rumah akan semakin naik.
10. Lokasi Rumah Yang Ada Banyak Kemudahan
Beli rumah di lokasi yang menjadi tumpuan seperti di bandar atau berdekatan dengan kemudahan awam kerana ia mudah untuk dijual semula pada masa akan datang.
11. Bukan Maksimum Kelayakan
Walaupun anda mungkin layak membeli sehingga RM300,000, namun carilah rumah yang harga RM250,000 supaya mudah mendapat kelulusan bank kerana ia berkait dengan Debt Service Ratio (DSR).
12. Kos Ekstra Hartanah Strata
Jika membeli rumah seperti apartmen atau kondominium, anda perlu bersiap sedia dengan kos insurans dan kos selenggara kemudahan dan bangunan. Semak kos tersebut sebelum membeli!
13. Baca, Teliti, Fahami
Pastikan anda baca semua surat tawaran dan dokumen perjanjian jual-beli rumah. Jika sesuatu terjadi, tandatangan anda pada dokumen itu akan terpakai.
Sememangnya urusan membeli rumah pertama bukanlah mudah kerana banyak perkara yang perlu diambil kira. Ada perlu mengetahui langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan impian memiliki kediaman sendiri menjadi kenyataan.
Sekiranya anda masih lagi keliru tentang proses pembelian rumah dan masih tercari-cari saluran yang betul untuk membeli rumah, anda boleh rujuk Benahous.
Bagaimana Benahous Boleh Membantu Anda Mendapatkan Rumah Mampu Milik?
Benahous telah membantu lebih 60,000 rakyat Malaysia membuat semakan kelayakan untuk memiliki rumah dan telah membantu beribu-ribu rakyat Malaysia yang berusaha mendapatkan rumah pertama.
Pertama sekali, Benahous akan membantu anda untuk menyemak kelayakan anda. Sekiranya anda layak untuk mendapatkan rumah, tiada booking fee diperlukan.
Segala proses pembelian rumah, dokumen berkaitan, gaji serta perkiraan kelayakan akan diuruskan oleh pihak Benahous.
Bukan itu sahaja, anda akan jimat dengan lebih banyak kerana harga rumah Benahous jauh lebih murah daripada harga pasaran.
Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menyediakan maklumat berdasarkan senarai yang diberikan dan anda hanya perlu tunggu panggilan telefon tentang rumah pertama anda sahaja.
Klik butang di bawah untuk dapatkan maklumat lanjut
Leave A Comment