Ramai yang masih keliru bagaimana untuk beli rumah pertama anda. Yelahkan, bukan beli rumah ni perkara yang kita selalu buat.

Jadi dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan bagaimana langkah sebenar untuk beli rumah pertama anda supaya anda tidak membuang masa dan juga tidak mudah untuk ditipu oleh orang lain.

Cara Beli Rumah Pertama

1. Sediakan maklumat kewangan peribadi

Maklumat kewangan peribadi ini penting untuk anda membuat pinjaman perumahan kelak. Anda perlu menyediakan senarai pendapatan, potongan, komitmen, pelaburan, simpanan dan cukai.

Semua senarai ini perlu ada dokumen sah sebagai bukti contohnya slip gaji bagi pendapatan anda.

2. Semakan kelayakan

Sebelum menyemak kelayakan di bank, pastikan anda membawa dokumen maklumat kewangan yang anda telah sediakan tadi, dokumen CCRIS dan CTOS jika ada.

Semak di beberapa buah bank yang berbeza kerana polisi dan syarat setiap bank adalah berbeza. Kelayakan pembiayaan anda akan dikira mengikut Debt Service Ratio (DSR).

Jika pegawai bank memberi jawapan positif, anda boleh mulakan misi mencari rumah pertama anda. Jika negatif, anda perlu perbaiki maklumat kewangan peribadi anda dan pendokumentasian maklumat tersebut, perbaiki CCRIS atau hapuskan CTOS.

Episode 1: Starting A Business

3. Mencari rumah pertama anda

a. Cara membeli

Tiga cara membeli rumah pertama anda adalah beli dengan pemaju (underconstruction), pasaran sekunder (subsale) dan lelong. Kalau anda inginkan rumah baharu, belilah dari pemaju. Tetapi biasanya ada tempoh menunggu, harga mahal dan ada risiko terbengkalai.

Rumah subsale pula adalah rumah terpakai dan berisiko rendah kerana rumah sedia ada. Rumah lelong pula berisiko tinggi walaupun kebanyakannya murah kerana tidak boleh lihat dalaman rumah sebelum membeli.

b. Leasehold / Freehold

Harga rumah leasehold rendah sikit daripada unit freehold. Bank biasanya akan beri pinjaman jika tempoh pajakan (lease) sekurang-kurangnya 30 tahun lepas tamat tempoh pinjaman.

Freehold bermakna hak milik kekal dan harganya tinggi sikit daripada unit leasehold.

c. Bumi lot / Non-bumi lot

Bumi lot adalah untuk pembeli bumiputera sahaja dan harga lebih murah berbanding non-bumi lot. Non-bumi lot pula terbuka kepada semua bangsa dan berharga tinggi sedikit berbanding bumi lot.

d. Senarai hartanah untuk dibeli atau dibida

Senarai hartanah yang ingin dibeli atau dibida boleh didapati melalui ejen hartanah berdaftar. Bagi unit lelong, boleh rujuk ejen lelong.

Selain itu, anda boleh menyemak di laman sesawang, Facebook group, pusat beli belah dan dengan membuat rondaan ke lokasi yang diingini.

e. Nilai pasaran

Anda boleh menyemak nilai pasaran melalui jurunilai hartanah atau melihat harga transaksi jual beli di laman sesawang berbayar.

Selain itu, anda juga boleh membuat anggaran melalui perbandingan iklan unit yang lebih kurang sama di lokasi yang sama di internet. Anda juga perlu tahu yang bank hanya memberikan pembiayaan 90% daripada harga jual atau nilai pasaran unit.

Bagaimana Benahous Boleh Membantu Anda Mendapatkan Rumah Mampu Milik?

Benahous telah membantu lebih 60,000 rakyat Malaysia membuat semakan kelayakan untuk memiliki rumah dan telah membantu beribu-ribu rakyat Malaysia yang berusaha mendapatkan rumah pertama.

Pertama sekali, Benahous akan membantu anda untuk menyemak kelayakan anda. Sekiranya anda layak untuk mendapatkan rumah, tiada booking fee diperlukan.

Segala proses pembelian rumah, dokumen berkaitan, gaji serta perkiraan kelayakan akan diuruskan oleh pihak Benahous.

Bukan itu sahaja, anda akan jimat dengan lebih banyak kerana harga rumah Benahous jauh lebih murah daripada harga pasaran.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menyediakan maklumat berdasarkan senarai yang diberikan dan anda hanya perlu tunggu panggilan telefon tentang rumah pertama anda sahaja.

Klik butang di bawah untuk dapatkan maklumat lanjut

SAYA NAK DAPATKAN RUMAH MAMPU MILIK

Tentang Penulis

Rahman Hidayat

Beliau mula menceburi bidang hartanah sejak tahun 2018. Kepuasan beliau adalah apabila beliau dapat melihat client yang sudah bertahun-bertahun mencari rumah akhirnya lulus pinjaman perumahan mereka.

Hartanah