Semestinya anda mempunyai cita-cita untuk memiliki rumah di atas nama sendiri, bukan?
Tapi dengan keadaan ekonomi sekarang, ramai yang meletakkan cita-cita ini di tangga terakhir sekali untuk didapatkan. Ramai yang merasakan ianya mustahil untuk mereka membeli rumah buat masa kini terutamanya dengan bajet yang kecil.
Kami faham akan kebimbangan anda. Tetapi kami ingin memberitahu anda berita baik!
Anda boleh membeli rumah dengan gaji yang kecil tetapi ianya bukan mudah tetapi bukan mustahil! Artikel ini akan berkongsi tips bagaimana cara beli rumah pertama walaupun dengan gaji yang rendah!
Gaji Minimum Untuk Beli Rumah
Jangan terkejut tetapi sebenarnya tidak ada gaji minimum yang ditetapkan untuk anda membeli rumah.
Ia bergantung kepada harga rumah yang anda ingin beli dan pengiraan pihak bank. Pihak bank akan menggunakan Debt Service Ratio (DSR) iaitu nisbah pembiayaan hutang dengan pendapatan kasar isi rumah.
Apa yang mereka akan lakukan adalah mengambil kira setiap komitmen hutang atau kewangan yang ada pada si pemohon.
DSR ini juga merupakan salah satu kriteria yang akan menentukan sama ada anda layak untuk memohon pinjaman perumahan dengan bank atau tidak.
Secara umumnya, DSR anda tidak boleh melebihi 70% jika anda ingin membeli rumah di Malaysia. Tetapi kadar peratusan DSR bagi setiap bank adalah berbeza.
Ada juga bank yang menawarkan DSR yang lebih rendah bagi syarat kelayakan mereka. Secara ringkasnya, pengiraan DSR adalah seperti berikut:
DSR = Hutang/Pendapatan Bersih x 100
Panduan Beli Rumah Pertama
Untuk membeli rumah pertama, perkara yang paling utama yang anda perlu tentukan adalah kemampuan kewangan anda.
Anda perlu pastikan pinjaman rumah anda tidak patut melebihi satu pertiga (1/3) daripada gaji kasar. Selepas anda dah pastikan anda mampu kekal komited pada aspek kewangan membeli rumah, anda dah boleh mula survey rumah.
Anda kena pastikan rumah yang anda survey adalah bersesuaian dengan anda dari segi utiliti, jarak dari tempat kerja dan sebagainya.
Anda dinasihatkan untuk mendapatkan ejen hartanah dan peguam hartanah kerana mereka akan membantu anda untuk melakukan pilihan yang bijak.
Setelah anda pasti rumah mana yang anda ingin beli, anda perlu membayar yuran tempahan yang akan menjadi sebahagian duit pendahuluan rumah yang anda ingin beli itu.
Pastikan anda baca, teliti dan fahami dokumen jual beli rumah sebelum meneruskan urusan jual beli.
Untuk memohon pinjaman bank, anda perlu menunjukkan resit tempahan rumah anda tadi dan beberapa dokumen yang bank perlukan. Semak dengan bank yang anda sasaran anda untuk senarai dokumen yang diperlukan kerana setiap bank adalah berbeza.
Dokumen pinjaman rumah dari pihak bank juga merupakan salah satu dokumen penting yang anda perlu baca, teliti dan fahami.
Tiga perkara paling penting dalam dokumen pinjaman rumah adalah jumlah pinjaman, kadar faedah dan tempoh pinjaman.
Selepas permohonan pinjaman anda siap, barulah anda boleh tandatangan Perjanjian Jual Beli atau Sales and Purchase Agreement (SPA) dan bayar duit muka yang selebihnya.
Bila dah tandatangan SPA, lawat proses binaan rumah sekali-sekala untuk mengikuti perkembangan pembinaan rumah anda.
Seterusnya, pastikan anda mendapatkan dokumen-dokumen yang mengesahkan anda sebagai pemilik rumah seperti notis pemilikan kosong, sijil penyiapan dan pematuhan dan memorandum pemindahan.
Dan dengan begitu saja, anda sudah bergelar seorang pemilik rumah!
Cara Mudah Lulus Loan Bank (Part 1) tekan sini
Bagaimana Benahous Boleh Membantu Anda Mendapatkan Rumah Mampu Milik?
Benahous telah membantu lebih 60,000 rakyat Malaysia membuat semakan kelayakan untuk memiliki rumah dan telah membantu beribu-ribu rakyat Malaysia yang berusaha mendapatkan rumah pertama.
Pertama sekali, Benahous akan membantu anda untuk menyemak kelayakan anda. Sekiranya anda layak untuk mendapatkan rumah, tiada booking fee diperlukan.
Segala proses pembelian rumah, dokumen berkaitan, gaji serta perkiraan kelayakan akan diuruskan oleh pihak Benahous.
Bukan itu sahaja, anda akan jimat dengan lebih banyak kerana harga rumah Benahous jauh lebih murah daripada harga pasaran.
Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menyediakan maklumat berdasarkan senarai yang diberikan dan anda hanya perlu tunggu panggilan telefon tentang rumah pertama anda sahaja.
Klik butang di bawah untuk dapatkan maklumat lanjut
Leave A Comment