Soalan Cepumas : Wajarkah untuk beli rumah sekarang atau tunggu sehingga kita dah tua dan betul-betul bersedia nak miliki rumah ? Sebenarnya, Tiada had umur untuk miliki rumah.
Namun, anda kena sedar Semakin Meningkat Umur kita, Semakin Kurang Tempoh Pinjaman yang boleh diperolehi. Tempoh maksimum pinjaman adalah selama 35 Tahun (atau kurang bergantung pada pihak bank) ataupun jumlah tahun yang tinggal sebelum mencecah 65 Tahun.
Contohnya, jika umur anda sudah mencecah 40 Tahun, Tempoh Pinjaman maksimum yang akan anda perolehi adalah cuma 25 Tahun.
Maksimum Umur untuk Pinjaman – Umur anda yang terkini = Baki Tempoh Pinjaman yang Tinggal. (65 Tahun – 40 Tahun = 25 Tahun)
Kesan Tempoh yang lebih pendek bermakna Jumlah Pinjaman Bayaran Bulanan anda lebih tinggi. Ini akan menghadkan pilihan anda untuk membeli hartanah, Contohnya anda terpaksa membeli rumah yang lebih murah atau lokasi yang lebih jauh daripada lokasi pilihan anda.
Tambahan lagi, semakin lama anda tunggu dan menangguh untuk membeli rumah, harga hartanah semakin meningkat.
UMUR 40 TAHUN PUN MASIH TIADA RUMAH? KENAPA?
1. KENAIKAN HARGA RUMAH vs KENAIKAN GAJI
Kenaikan Harga Rumah VS Kenaikan Gaji? Realitinya, Kenaikan Harga Rumah adalah sehingga 20% tahunan tetapi Median Kenaikan Pendapatan Isi Rumah hanyalah 11%-12% sahaja. Macam mana nak kejar? Bagi sesiapa yang suka sangat bertangguh beli rumah, saya akan bantu anda melalui ilustrasi dibawah untuk memahami impak bertangguh apabila anda masih ada kelayakkan dan kemampuan.
Misalnya, Nana bekerja sebagai seorang Pegawai Pemasaran di Syarikat X. Gaji beliau adalah RM 3,000. Jika, Kenaikan gaji Nana adalah 8% setiap 5 tahun. Maka,
Manakala, harga pasaran semasa rumah sekarang adalah RM 300,000 juga dianggarkan mengalami kenaikan harga rumah sebanyak 8% selama 5 tahun. Maka,
Jika Nana membeli hartanah tadi pada 2020 dengan harga RM 324,000, maka ansuran bulanan beliau hanya RM 1,450 berbanding jika beliau beli hartanah yang pada tahun 2024, maka bayaran bulanan adalah RM 2,150.
Jumlah Perbezaan Bayaran Bulanan adalah sebanyak RM 700. Itu ialah Kos Penangguhan yang terpaksa Nana bayar jika lambat membeli rumah. Sesungguhnya, RM 700 adalah nilai yang sangat besar. Jadi keputusan di tangan anda untuk bijak menguruskan kewangan dan buat keputusan segera untuk membeli rumah sekarang atau terpaksa rela membayar untuk bulanan rumah yang lebih tinggi jika terus menunggu dan menangguh keputusan sementara masih mampu dan mempunyai kelayakkan.
2. KURANG PENGETAHUAN DAN KESEDARAN
Beli Rumah adalah Keputusan yang Besar, Bukan Sekadar pilih yang Cantik Dimata & Berkenan Dihati.
Penting untuk kita mempunyai pengetahuan dan kesedaran dari awalan umur kerana Keputusan Membeli Rumah adalah ditangan kita. Cuma kita yang tahu berapa kemampuan kita, dan rumah yang sesuai dengan kelayakkan kewangan kita. Jika masih muda, usahakanlah miliki rumah ketika anda belum mempunyai komitmen besar yang telah “menelan” separuh dari gaji anda, sebelum anda terjebak dengan pinjaman peribadi dan ketika masih belum mempunyai tanggungan “keluarga kecil”.
Tetapi, bagi anda yang sudah berkahwin, dan usia pun semakin lewat. Jangan berputus asa. Masih ada peluang untuk anda “ubah dan naik taraf” kewangan keluarga kecil anda, mampu ada peluang untuk anda sediakan tempat pelrindungan untuk mereka dan mungkin secara “bonus” ada peluang untuk tambahkan simpanan sedia ada anda untuk masa depan anak-anak nanti.
3. PERANCANGAN KEWANGAN YANG LEMAH
Kos belanja pemilikan secara purata adalah 25%-40% dari pendapatan simpanan anda pun xsampai 20% betul tak?
SIKAP kebanyakan individu di negara ini yang tidak merancang kewangan termasuk boros dalam perbelanjaan bakal menyebabkan kehidupan pada hari tua mereka terseksa. Statistik menyatakan, bagi individu yang akan bersara di Kuala Lumpur dalam tempoh beberapa tahun lagi memerlukan sekurang-kurangnya RM600,000.
Tiada persiapan kewangan yang baik pada peringkat awal umur menyebabkan anda tidak mampu nak kejar kenaikan harga rumah dan kos belanja belian rumah. Dah nak bersara pun pening lagi memikirkan nak bayar hutang betul tak?
Bagaimanapun, hanya sebilangan kecil atau empat peratus pencarum sahaja yang mampu mencapai jumlah tersebut. Berdasarkan kajian, sebanyak 56 peratus pencarum yang berusia 54 tahun mempunyai simpanan KWSP kurang RM50,000.
Jadi, sangat penting untuk kita berdisiplin merancang kewangan kita dari sekarang untuk kesejahteraan di masa tua nanti. Namun begitu, untuk memulakan langkah yang baik dalam kewangan kita memang ada dugaan dan cabarannya. Oleh sebab itu, kebanyakkan anak muda terjebak dengan pinjaman kereta yang tinggi seusai baru masuk ke alam pekerjaan. Ada yang kurang kesedaran tentang baik dan buruknya pinjaman peribadi untuk jangka masa panjang. Sehingga ada yang hilang kelayakkan ketika mereka sudah bersedia untuk miliki rumah pertama.
Tips beli rumah nak pakai insuran apa ? tekan sini
Nak beli rumah atau sewakan dulu ? tekan sini
Nak Beli Rumah Tapi Tak Tahu Panduan Asas Beli Rumah ?? tekan sini
Pertama kali Membeli Rumah? Elakkan Daripada Membuat 4 Kesilapan Ini! tekan sini
Bagaimana Benahous Boleh Membantu Anda Mendapatkan Rumah Mampu Milik?
Benahous telah membantu lebih 60,000 rakyat Malaysia membuat semakan kelayakan untuk memiliki rumah dan telah membantu beribu-ribu rakyat Malaysia yang berusaha mendapatkan rumah pertama.
Pertama sekali, Benahous akan membantu anda untuk menyemak kelayakan anda. Sekiranya anda layak untuk mendapatkan rumah, tiada booking fee diperlukan.
Segala proses pembelian rumah, dokumen berkaitan, gaji serta perkiraan kelayakan akan diuruskan oleh pihak Benahous.
Bukan itu sahaja, anda akan jimat dengan lebih banyak kerana harga rumah Benahous jauh lebih murah daripada harga pasaran.
Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menyediakan maklumat berdasarkan senarai yang diberikan dan anda hanya perlu tunggu panggilan telefon tentang rumah pertama anda sahaja.
Klik butang di bawah untuk dapatkan maklumat lanjut
Tentang Penulis
Nurul Amalina Sabri
Beliau telah berjaya memiliki Rumah Teres Semi-D diusia 25 tahun dan juga Pengusaha Homestay dari asset rumah pertamanya. Beliau merupakan salah seorang pembeli rumah yang berurusan dengan Pihak Benahous pada tahun 2019. Sejak penglibatan beliau sebagai Konsultan bertauliah Benahous, beliau telah berjaya membantu ramai pemohon penjawat swasta dan penjawat kerajaan yang kurang kelayakkan untuk Memiliki Rumah Pertama mereka. “Ada yang Mampu tapi Tidak Layak, Ada yang Layak tapi Lambat Ambil Tindakan & Akhirnya Menyesal Pabila Hilang Peluang…Jadi tugas saya untuk menyedarkan mereka (Golongan tersebut) untuk Sedar pentingnya untuk Bertindak Dari Sekarang..” – Nurul Amalina Sabri
Leave A Comment