MARI KENALI NDI

Net Disposable Income (NDI) dalam bahasa mudah adalah baki pendapatan untuk meneruskan kos sara hidup. Iyalah jangan cakap sahaja gaji RM 1,500 apply rumah bulanan RM 1,000 mempunyai baki RM 500 adalah mampu. Bank mesti mahu individu yang tahap kewangan kukuh untuk bayaran tempoh 30-35 tahun. Yang terbaik NDI paling minimum adalah RM 1,300.

FORMULA NDI = Gaji Bersih – Komitmen (sedia ada) – Bulanan rumah (bakal ambil)

Namun masih terdapat juga beberpa bank yang masih boleh terima permohonan sekiranya NDI sekitar RM900 ke atas. Jadi sila pilih bank yang menetapi syarat kelayakan anda. Apa-apa pun perlu ingat kelulusan pada pihak bank ya.

Sebelum korang nak kira kelayakan, kira dahulu gaji bersih mengikut standard bank. Basic tetap ambil 100%, earnings (elaun, overtime, komisen, dll..) ambil 50% dan potongan (eps, socso, dll..) penolakan 100%.

Baki sari hidup ARIF adalah RM 1,400 melepasi RM 1,300 bagi bulanan rumah RM 1,000 (sekitar RM200,000). Namun mash boleh mengambil bulanan rumah lebih sedikit, namun perlu menepati syarat Net Disposable Income (NDI) yang ditetapkan pihak bank.

Sebelum korang nak kira kelayakan, kira dahulu gaji bersih mengikut standard bank. Basic tetap ambil 100%, earnings (elaun, overtime, komisen, dll..) ambil 50% dan potongan (eps, socso, dll..) penolakan 100%.

Baki sara hidup SARA RM 1,310 melepasi RM 1,300 bagi bulanan rumah RM 1,100 (sekitar RM220,000). Namun mash boleh mengambil bulanan rumah lebih sedikit, namun perlu menepati syarat Net Disposable Income (NDI) yang ditetapkan pihak bank.

Kesimpulan, banyak lagi faktor yang mempengaruhi permohonan Loan Perumahan seseorang tu lulus atau tak , iaitu kena mengambil kira maksimum Loan yang layak lulus , Pengiraan Net Disposible Income ( NDI) , Debt Service Ratio (DSR) , dan DSR Burst .

Bagaimana Benahous Boleh Membantu Anda Mendapatkan Rumah Mampu Milik?

Benahous telah membantu lebih 60,000 rakyat Malaysia membuat semakan kelayakan untuk memiliki rumah dan telah membantu beribu-ribu rakyat Malaysia yang berusaha mendapatkan rumah pertama.

Pertama sekali, Benahous akan membantu anda untuk menyemak kelayakan anda. Sekiranya anda layak untuk mendapatkan rumah, tiada booking fee diperlukan.

Segala proses pembelian rumah, dokumen berkaitan, gaji serta perkiraan kelayakan akan diuruskan oleh pihak Benahous.

Bukan itu sahaja, anda akan jimat dengan lebih banyak kerana harga rumah Benahous jauh lebih murah daripada harga pasaran.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menyediakan maklumat berdasarkan senarai yang diberikan dan anda hanya perlu tunggu panggilan telefon tentang rumah pertama anda sahaja.

Klik butang di bawah untuk dapatkan maklumat lanjut

SAYA NAK DAPATKAN RUMAH MAMPU MILIK

Tentang Penulis

Muhammad Zulhelmy

Beliau berlatar belakang bidang Kejuruteraan Mekatronik membuat keputusan pembelian rumah di usia muda. Kehadiran di Benahous sebagai konsultan hartanah telah banyak membantu klien dari pelbagai sektor swasta & penjawat awam.

Hartanah
  • http://zulhelmy.benahous.com/