Apakah Perbandingan Refinance dan Remortgage ?

1. Refinance

Maksud : Pembiayaan semula pinjaman rumah (Refinance) merupakan penukaran atau pemindahan pinjaman rumah yang sedia ada dengan pinjaman baru di bawah syarat dan terma yang termaktub. Dalam bahasa mudahnya, seperti meminjam wang sekali lagi untuk membayar hutang anda dalam akaun pinjaman rumah sedia ada.Untuk maklumat lanjut berkenaan jangka proses refinance rumah boleh tekan sini

Manfaat : Bagi Rumah/Hartanah yang masih ada hutang dengan bank.

Proses : Pindah dari Bank A ke Bank B

Cara Cash Out : Semasa proses bank akan ambilkira 10 tahun komitmen. Nilaian cash out bergantung kepada kelayakkan anda. Jika Gaji anda tinggi, anda boleh cash out sehingga maximum dan begitu juga sebaliknya.

Contoh Mudah:

  • Nilai pasaran semasa Rumah anda RM 400,000.
  • Baki Hutang Pinjaman Perumahan anda RM 100,000.
  • Jadi, RM 400,000 (Market Value) X 90% = RM 360,000 – RM 100,000 (Baki Pinjaman) = RM 260,000 (Cash Out Maximum)

2. Remortgage

Maksud : Remortgage bermaksud membiayai semula, dengan memenuhi syarat-syarat kontrak gadai janji anda yang sedia ada dan mewujudkan kontrak baru dengan terma yang lebih baik untuk anda.

Manfaat : Bagi Rumah/Hartanah yang sudah tidak ada hutang dengan bank.

Proses : Cagar semula Rumah/Hartanah untuk dapat pinjaman semula.

Contoh Mudah: Nilai pasaran semasa sebuah rumah RM 400,000 sudah tiada hutang. Jadi semasa proses bank akan ambil kira Cash Out 35 tahun maximum seperti pinjaman baru.

Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan Jenis Refinance Rumah di Malaysia dan Tujuan Refinance Rumah

Bagaimana Benahous Boleh Membantu Anda Mendapatkan Rumah Mampu Milik?

Benahous telah membantu lebih 60,000 rakyat Malaysia membuat semakan kelayakan untuk memiliki rumah dan telah membantu beribu-ribu rakyat Malaysia yang berusaha mendapatkan rumah pertama.

Pertama sekali, Benahous akan membantu anda untuk menyemak kelayakan anda. Sekiranya anda layak untuk mendapatkan rumah, tiada booking fee diperlukan.

Segala proses pembelian rumah, dokumen berkaitan, gaji serta perkiraan kelayakan akan diuruskan oleh pihak Benahous.

Bukan itu sahaja, anda akan jimat dengan lebih banyak kerana harga rumah Benahous jauh lebih murah daripada harga pasaran.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menyediakan maklumat berdasarkan senarai yang diberikan dan anda hanya perlu tunggu panggilan telefon tentang rumah pertama anda sahaja.

Klik butang di bawah untuk dapatkan maklumat lanjut

SAYA NAK DAPATKAN RUMAH MAMPU MILIK

Tentang Penulis

Nurul Amalina Sabri

Beliau telah berjaya memiliki Rumah Teres Semi-D diusia 25 tahun dan juga Pengusaha Homestay dari asset rumah pertamanya. Beliau merupakan salah seorang pembeli rumah yang berurusan dengan Pihak Benahous pada tahun 2019.  Sejak penglibatan beliau sebagai Konsultan bertauliah Benahous, beliau telah berjaya membantu ramai pemohon penjawat swasta dan penjawat kerajaan yang kurang kelayakkan untuk Memiliki Rumah Pertama mereka. “Ada yang Mampu tapi Tidak Layak, Ada yang Layak tapi Lambat Ambil Tindakan & Akhirnya Menyesal Pabila Hilang Peluang…Jadi tugas saya untuk menyedarkan mereka (Golongan tersebut) untuk Bertindak Dari Sekarang ketika masih diberi peluang..” – Nurul Amalina Sabri

Hartanah
  • http://amalinasabri.benahous.com/