Setiap orang mengimpikan untuk milik rumah pertama. Tapi, kebanyakkan dari kita tak tahu apa panduan asas untuk miliki rumah pertama. Tidak dinafikan, secara realistiknya kebanyakkan permohonan pinjaman perumahan pertama oleh sebahagian rakyat malaysia ditolak mentah-mentah oleh Institusi Pinjaman disebabkan oleh beberapa faktor yang dinyatakan seperti dibawah,
PANDUAN ASAS BELI RUMAH
1. TAHU MATLAMAT & TUJUAN BELI RUMAH
Nak beli rumah adalah satu keputusan yang besar dan memerlukan komitmen 100% untuk jangka masa panjang. Jadi sangat penting untuk tahu apa sebenarnya matlamat dan tujuan utama nak beli rumah.
Jika nak beli rumah untuk duduk, rumah yang dipilih mesti sesuai dengan Kemampuan Diri dan Kesanggupan “Poket” kita untuk bayar pinjaman rumah setiap bulan sehingga habis pinjaman. Jika 30 tahun, maka 30 tahun la perlu kesanggupan diri kita untuk bayar tanpa gagal.
Rumah yang dipilih untuk duduk mesti memenuhi Keperluan serta Keselesaan Diri & Keluarga kita untuk Jangka Masa Panjang seperti berdekatan dengan Kemudahan Sektor Pekerjaan, Kemudahan Pejabat Kerajaan, Kemudahan Institusi Pendidikan, Sekolah, Masjid, Hospital dan sebagainya.
Kedua, jika beli Rumah untuk Pelaburan (Asset), Terdapat banyak faktor penting untuk kita ambil tahu untuk mengelakkan risiko “terbeli asset yang tidak menguntungkan untuk masa hadapan”. Rumah tersebut mesti mempunyai Potensi Pulangan Harga Sewaan, Potensi Lokasi sedia ada seperti Kemudahan Pekerjaan, Hospital, Pejabat-Pejabat Kerajaan dan Bank, Institusi Pendidikan, Akses Highway dan “Future Planning” Lokasi yg dipilih utk Potensi Kenaikan Harga Rumah akan datang.
2. SEMAK KELAYAKKAN PINJAMAN RUMAH
Cara Utama Bank tentukan anda Layak dapat Pinjaman atau Tidak ialah melalui Pengiraan Debt Service Ratio (DSR).
Formula DSR:
(Jumlah Komitmen Bulanan + Installment Rumah yg ingin dibeli) / Pendapatan Bersih.
Jumlah Komitmen Bulanan : total kesemua pinjaman anda dengan Institusi Kewangan spt Personal Loan, Credit Card, Kereta, Rumah dan lain².
Installment Rumah : dikira melalui Kalkulator Bayaran Bulanan Bank.
3. SEMAK KEMAMPUAN BAYAR PINJAMAN
Walaupun Layak Dapat Pinjaman 1 Juta, Tak Bermakna anda Mampu Bayar.
Setiap orang mempunyai Cabaran Komitmen yg berbeza. Penting utk Semak Pendapatan & Belanja Bulanan anda. Buat Kira² Pendapatan Bulanan & anda akan sedar berapa Sebenarnya Kemampuan Diri utk Peruntukkan Bayaran Rumah.
Pertama kali Membeli Rumah? Elakkan Daripada Membuat 4 Kesilapan Ini! tekan sini
Bagaimana Benahous Boleh Membantu Anda Mendapatkan Rumah Mampu Milik?
Benahous telah membantu lebih 60,000 rakyat Malaysia membuat semakan kelayakan untuk memiliki rumah dan telah membantu beribu-ribu rakyat Malaysia yang berusaha mendapatkan rumah pertama.
Pertama sekali, Benahous akan membantu anda untuk menyemak kelayakan anda. Sekiranya anda layak untuk mendapatkan rumah, tiada booking fee diperlukan.
Segala proses pembelian rumah, dokumen berkaitan, gaji serta perkiraan kelayakan akan diuruskan oleh pihak Benahous.
Bukan itu sahaja, anda akan jimat dengan lebih banyak kerana harga rumah Benahous jauh lebih murah daripada harga pasaran.
Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menyediakan maklumat berdasarkan senarai yang diberikan dan anda hanya perlu tunggu panggilan telefon tentang rumah pertama anda sahaja.
Klik butang di bawah untuk dapatkan maklumat lanjut
Leave A Comment