PROSES BELI RUMAH LELONG

Rumah lelong adalah rumah yang dijual oleh pihak bank ataupun pihak individu secara lelongan “auction” oleh pihak lelongan yang mempunyai lesen. Bagi yang berminat nak tahu cara pembelian rumah lelong, sila baca.

KELAYAKAN & LISTING – Mula korang semak kelayakan dulu untuk tahu berapa max kelayakan, then mudah allocate rumah lelong dengan harga yang sesuai. Baru la check listing rumah lelong yang dijual pada website/agensi. Pastikan korang gali sedalam-dalamnya info rumah lelong ingin dibeli seperti lokasi, harga & tempoh pajakan.

Seandainya rumah tersebut perlukan sebarang caj, sure itu adalah scammer. Paling penting rumah tersebut tiada status CAVEAT. Kalau wujud, sila abaikan sebab terdapat sekatan bagi memiliki rumah tersebut oleh pihak owner atau ahli keluarga terdekat. Bertahun la baru dapat rumah tersebut tetapi bayar loan tetap berjalan.

KHIDMAT PEGUAM – Info rumah boleh juga refer dengan pihak lawyer yang terlibat dengan rumah tersebut. Jika bernasib baik boleh lihat dokumen Proclamation Of Sale (POS) melalui website tersebut. Bagi pihak auction yang melakukan proses lelongan, kebiasaannya ada menyimpan dokumen ni.

BIDAAN LELONGAN – Rumah lelong yang diinginkan boleh dibeli melalui online website tersebut atau datang sendiri event auction. Sebarang pembelian, buyer perlu menyediakan bank draf untuk deposit 10% dari harga rumah. Contoh rumah RM150K, sediakan RM15K. Jangan lupa bawa salinan IC jika buyer hadir di event auction.

Awal proses pembelian ni pun buyer perlu memberi deposit 10% melalui bank draf yang disediakan. Bukan setakat prepare sahaja ya. Jika anda kalah dalam lelongan, deposit boleh dikembalikan. Terdapat isu deposit burn, mungkin kena tipu la kot.

SUBMIT DOC TO BANKER – Buyer perlu menyediakan semua dokumen yang diperlukan oleh pihak bank untuk proceed loan. Pihak banker akan inform status loan anda sama ada lulus, slash margin atau decline. Ingat rumah lelong ni lulus maximum 90% sahaja. Kalau slash margin, buyer perlu topup lagi balance la.

SETTLE BAKI PEMBELIAN – Selepas loan lulus, buyer akan menandatangani segala dokumen perjanjian jual-beli rumah. Buyer juga perlu settlekan segala tunggakan melibatkan rumah pembelian dalam tempoh 90-120 hari. Jika gagal menyebabkan deposit anda burn begitu sahaja. Antara contoh tunggakan seperti bil api/air, cukai tanah, cukai pintu dan sebagainya.

PENILAI RUMAH – Selepas buyer selesai sign agreement, staff bank akan datang untuk menilai rumah. Penilai akan membuat satu laporan penilai bagi simpanan bank. Caj penilai juga perlu dibayar oleh buyer mengikut berpa percent bagi setiap harga rumah yang ditetapkan.

SETTLE CAJ TAMBAHAN – Selepas buyer selesai sign agreement, buyer perlu langsaikan segala baki caj bagi urusan yang melibatkan lawyer seperti duti stem, yuran guaman S&P, yuran guaman loan rumah & sebagainya.

Untuk korang yang berminat dengan pembelian rumah lelong , Wajib untuk tahu kelebihan dan kekurangan Beli Rumah Lelong supaya korang dapat buat keputusan yang terbaik . Nak tahu lebih lanjut mengenai kekurangan dan kelebihan rumah lelong boleh tekan sini untuk rujukan

Kesimpulannya, pembelian rumah lelong memerlukan wang yang besar dan berisiko jika tiada pengalaman. Diingatkan juga segala caj dinyatakan belum termasuk kos renovation yang menelan perbelanjaan amat tinggi. Kalau tidak, rumah lelong yang dibeli terbiar begitu sahaja.

Bagaimana Benahous Boleh Membantu Anda Mendapatkan Rumah Mampu Milik?

Benahous telah membantu lebih 60,000 rakyat Malaysia membuat semakan kelayakan untuk memiliki rumah dan telah membantu beribu-ribu rakyat Malaysia yang berusaha mendapatkan rumah pertama.

Pertama sekali, Benahous akan membantu anda untuk menyemak kelayakan anda. Sekiranya anda layak untuk mendapatkan rumah, tiada booking fee diperlukan.

Segala proses pembelian rumah, dokumen berkaitan, gaji serta perkiraan kelayakan akan diuruskan oleh pihak Benahous.

Bukan itu sahaja, anda akan jimat dengan lebih banyak kerana harga rumah Benahous jauh lebih murah daripada harga pasaran.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menyediakan maklumat berdasarkan senarai yang diberikan dan anda hanya perlu tunggu panggilan telefon tentang rumah pertama anda sahaja.

Klik butang di bawah untuk dapatkan maklumat lanjut

SAYA NAK DAPATKAN RUMAH MAMPU MILIK

Tentang Penulis

Muhammad Zulhelmy

Beliau berlatar belakang bidang Kejuruteraan Mekatronik membuat keputusan pembelian rumah di usia muda. Kehadiran di Benahous sebagai konsultan hartanah telah banyak membantu klien dari pelbagai sektor swasta & penjawat awam.

Hartanah
  • http://zulhelmy.benahous.com/