PROSES BELI RUMAH UNDERCON

Rumah undercon adalah rumah yang masih  belum siap dan sedang dibina oleh pihak pemaju. Kebiasaannya rumah jenis ini akan mengambil masa 2-3 tahun untuk siap jika landed. Majoriti rumah ni paling digemari dan proses pembelian seperti berikut, sila baca.

SITE VISIT RUMAH – Kebiasannya buyer boleh dapat info dengan site visit atau advertisement. Jika berminat boleh je datang site visit berhubung dengan agen yang terlibat. Ingat apa-apa pun berlaku kira dulu kelayakan untuk rumah, jangan terus bayar booking. Kalau lepas, baru lah proceed. Best rumah undercon ni harga dah termasuk (lawyer fee, MOT, duti stem, dll..) kira FREE la. Sesetengah  projek perlukan booking fee juga.

SUBMIT TO BANKER – Banker akan review profile korang untuk menilai berapa max loan boleh pergi. Bagi pembeli rumah pertama, korang boleh berusaha dapatkan 100% loan. Bagi pembeli rumah kedua maximum loan 90% sahaja. Jadi rumah undercon memang membantu untuk cover baki 10% loan sebab ada rebate. Rebate ada explanation bahagian bawah nanti ya.

DOKUMEN PERUMAHAN – Jika loan buyer lepas, anda akan sign dokumen perumahan & letter offer. Dokumen akan disediakan oleh banker dan agensi. Kini rumah sudah dimiliki buyer dan cara pembayaran rumah undercon ni bermula dengan progressive fees sahaja sepanjang pembinaan.

SUBMIT DOC TO LAWYER – Segala dokumen perumahan yang ditandatangani buyer, agensi akan submit pada lawyer untuk proses seterusnya seperti stamping, cop, simpanan pemaju & sebagainya. Buyer juga akan menerima hardcopy/softcopy dokumen SPA untuk simpanan, lebih kurang seminggu selepas sign dokumen. Jadi simpanan dokumen ini yang buyer gunakan jika buat pengeluaran kwsp.

KONSEP REBATE – Kebiasannya rumah undercon terdapat rebate dalam harga rumah. Contoh harga RM250K ada retabe RM30K. Rebate semangnya membantu buyer peroleh wang untuk simpanan/kewangan dan penerimaan kira-kira 2 bulan selepas peroleh kunci.

Tujuan rebate yang laiin adalah dapat bantu cover baki loan jika ada slash margin. Contoh loan lulus 90%, baki 10% boleh cover dengan menggunakan rebate. Namun jika slash margin terlalu banyak, buyer perlu topup baki loan slash margin sekiranya rebate sudah fully cover.

Kesimpulannya, pembelian rumah undercon sememangnya banyak memberi manfaat pada buyer lebih-lebih lagi yang kurang simpanan sewaktu pembelian rumah. Walaubagaimana pun setiap kebaikan akan ada kekuranganya . jadi korang yang memang berminat dan berniat nak dapatkan rumah undercon wajib selidik terlebih dahulu supaya keputusan yang dibuat tu tepat dan berbaloi. Nak tahu Kelebihan Dan Kekurangan Rumah Undercon boleh tekan sini

Bagaimana Benahous Boleh Membantu Anda Mendapatkan Rumah Mampu Milik?

Benahous telah membantu lebih 60,000 rakyat Malaysia membuat semakan kelayakan untuk memiliki rumah dan telah membantu beribu-ribu rakyat Malaysia yang berusaha mendapatkan rumah pertama.

Pertama sekali, Benahous akan membantu anda untuk menyemak kelayakan anda. Sekiranya anda layak untuk mendapatkan rumah, tiada booking fee diperlukan.

Segala proses pembelian rumah, dokumen berkaitan, gaji serta perkiraan kelayakan akan diuruskan oleh pihak Benahous.

Bukan itu sahaja, anda akan jimat dengan lebih banyak kerana harga rumah Benahous jauh lebih murah daripada harga pasaran.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menyediakan maklumat berdasarkan senarai yang diberikan dan anda hanya perlu tunggu panggilan telefon tentang rumah pertama anda sahaja.

Klik butang di bawah untuk dapatkan maklumat lanjut

SAYA NAK DAPATKAN RUMAH MAMPU MILIK

Tentang Penulis

Muhammad Zulhelmy

Beliau berlatar belakang bidang Kejuruteraan Mekatronik membuat keputusan pembelian rumah di usia muda. Kehadiran di Benahous sebagai konsultan hartanah telah banyak membantu klien dari pelbagai sektor swasta & penjawat awam.

Hartanah
  • http://zulhelmy.benahous.com/