Formula Senang Kiraan Kelayakan
Sebelum korang nak kira kelayakan, kira dahulu gaji bersih mengikut standard bank. Basic tetap ambil 100%, earnings (elaun, overtime, komisen, dll..) ambil 50% dan potongan (eps, socso, dll..) penolakan 100%. Kemudian kira berapa kelayakan rumah ikut formula bank tetapkan :
Debt Service Ratio (DSR) – (Kategori DSR X Gaji Bersih) – Komitmen Sekarang… Mengira bulanan rumah yang wajar diambil. Kategori DSR bermaksud bagi individu gaji kasar kurang RM 3,500 dikategorikan 40% berbanding gaji kasar lebih RM 3,500 dikategorikan 70%.Untuk fahaman lebih lanjut mengenai DSR boleh tekan sini
DSR Burst – (Komitmen + Bulanan rumah) / Gaji Bersih X 100%… Mengira seseorang itu layak atau tidak bagi membuat pinjaman.Untuk fahaman lebih lanjut mengenai DSR Burst boleh tekan sini
Net Disposable Income (NDI) – Gaji Bersih – Komitmen Sekarang – Bulanan Rumah… Mengira baki pendapatan untuk meneruskan kos sara hidup. Nak cantik NDI minimum RM 1,300 . Untuk fahaman lebih lanjut mengenai NDI boleh tekan sini
Max Loan – DSR X 200 (rule of thumb)… Mengira berapa max loan boleh pergi .Untuk kiraan formula dan keterangan lanjut mengenai Maksimum Loan tekan sini
Grade Buyer – Tiada formula… Tahap profile buyer bagi permohonan pinjaman perumahan . Maksud Grade Buyer
LELAKI – Kemampuan bulanan rumah yang wajar RM 810. DSR burst 47.17% sudah melebihi 40%, tetapi masih boleh dipertimbangkan bagi pembelian rumah pertama menggunakan Skim Rumah Pertama (SRP). NDI RM 1,400 melepasi RM 1,300 bagi bulanan rumah RM 1,000 (sekitar RM200,000), buyer boleh memilih bulanan rumah RM 1,100 (sekitar RM220,000) kerana NDI terbaru RM 1,400 bertukar RM 1,300 masih menepati syarat bank. Walaupun maximum loan RM 162,000 tetapi masih boleh dipertimbang hingga RM200,000 yang penting NDI tetap paras RM 1,300. Buyer Grade A kerana mempunyai kelayakan & komitmen dengan bank. Pastikan komitmen bayar cantik ya.
PEREMPUAN – Kemampuan bulanan rumah yang wajar RM 1,465. DSR burst 58.41% belum melebihi 70% menjadikan kadar keberhutangan masih rendah. NDI RM 1,465 melepasi RM 1,310 bagi bulanan rumah RM 1,100 (sekitar RM220,000), buyer boleh memilih bulanan rumah RM 1,265 (sekitar RM253,000) kerana NDI terbaru RM 1,465 bertukar RM 1,300 masih menepati syarat bank. Maximum loan RM 293,000 amat baik untuk mendapatkan 100% kelulusan bank. Buyer Grade A kerana mempunyai kelayakan & komitmen dengan bank. Pastikan komitmen bayar cantik ya.
Bagaimana Benahous Boleh Membantu Anda Mendapatkan Rumah Mampu Milik?
Benahous telah membantu lebih 60,000 rakyat Malaysia membuat semakan kelayakan untuk memiliki rumah dan telah membantu beribu-ribu rakyat Malaysia yang berusaha mendapatkan rumah pertama.
Pertama sekali, Benahous akan membantu anda untuk menyemak kelayakan anda. Sekiranya anda layak untuk mendapatkan rumah, tiada booking fee diperlukan.
Segala proses pembelian rumah, dokumen berkaitan, gaji serta perkiraan kelayakan akan diuruskan oleh pihak Benahous.
Bukan itu sahaja, anda akan jimat dengan lebih banyak kerana harga rumah Benahous jauh lebih murah daripada harga pasaran.
Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menyediakan maklumat berdasarkan senarai yang diberikan dan anda hanya perlu tunggu panggilan telefon tentang rumah pertama anda sahaja.
Klik butang di bawah untuk dapatkan maklumat lanjut
Leave A Comment