CIRI-CIRI PEMINJAM YANG BAIK !!!
Okay jom kita bedah siasat cara mudah lulus loan bank. Jadi takdalah korang tertanya kenapa loan kena reject. SILA BACA !
PERTAMA – MEMPUNYAI KOMITMEN BANK
Bagi peminjam loan perumahan yang sudah tersedia ada komitmen dengan bank adalah bagus. Di mata banker individu tersebut berani ambil komitmen & ada rekod bayaran. Berlainan bagi individu yang tiada komitmen apa-apa, tiba nak apply loan rumah. Bank akan jadi skeptikal untuk luluskan loan sebab indvidu tersebut macam tiada jaminan boleh bayar komitmen rumah mencecah 35 tahun. Yang penting jangan ambil komitmen hingga hilang kelayakan beli rumah ya.
KEDUA – BAYAR KOMITMEN ON TIME
Bagi peminjam yang bayar komitmen on time, bank beranggapan individu itu disiplin dan tiada masalah untuk bayar hutang. Secara tidak langsung bank tidak skeptikal untuk luluskan pinjaman perumahan sekiranya hutang sedia ada bayar mengikut jadual ditetapkan. Banker refer CCRIS untuk rekod bayaran bulanan buyer.
KETIGA – TAHAP PENDIDIKAN
Perkara ni juga memainkan peranan penting dalam berusaha untuk mendapatkaan 100% loan perumahan. Secara jujurnya, tahap pendidikan harus Diploma paling minimum untuk profile individu tersebut baik. Bank beranggapan jika buyer kena buang kerja, sijil pendidikan boleh membantu buyer mendapatkan pekerjaan seterusnya dengan jawatan/gaji yang baik. Secara tidak langsung dapat meneruskan bayaran loan perumahan.
KEEMPAT – MEMPUNYAI SIMPANAN
Simpanan seseorang menggambarkan individu mengenai tahap kewangan, sikap perbelanjaan dan penyimpanan. Namun ada kebarangkalian loan rumah boleh lulus tetapi tidak 100% kelulusan. Sebagai contoh lulus 90%, maka balance 10% harus dibayar menggunakan dari duit simpanan. Terdapat cara buyer masih boleh memiliki rumah tanpa keluar sebarang modal walaupun loan tidak mendapat 100%. Buyer perlu memilih rumah undercon yang ada rebate dimana membantu cover baki loan yang tidak lulus. Walaubagaimanapun, buyer perlu ada persediaan simpanan bagi apply loan perumahan.
Sekiranya anda dah jelas dan faham untuk part 1, boleh tekan sini untuk lanjut ke artikel Cara Mudah Lulus Loan Bank (Part 2)
Bagaimana Benahous Boleh Membantu Anda Mendapatkan Rumah Mampu Milik?
Benahous telah membantu lebih 60,000 rakyat Malaysia membuat semakan kelayakan untuk memiliki rumah dan telah membantu beribu-ribu rakyat Malaysia yang berusaha mendapatkan rumah pertama.
Pertama sekali, Benahous akan membantu anda untuk menyemak kelayakan anda. Sekiranya anda layak untuk mendapatkan rumah, tiada booking fee diperlukan.
Segala proses pembelian rumah, dokumen berkaitan, gaji serta perkiraan kelayakan akan diuruskan oleh pihak Benahous.
Bukan itu sahaja, anda akan jimat dengan lebih banyak kerana harga rumah Benahous jauh lebih murah daripada harga pasaran.
Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menyediakan maklumat berdasarkan senarai yang diberikan dan anda hanya perlu tunggu panggilan telefon tentang rumah pertama anda sahaja.
Klik butang di bawah untuk dapatkan maklumat lanjut
Leave A Comment