CIRI-CIRI PEMINJAM YANG BAIK !!!

Sebelum terus membaca artikel ni , afdal untuk anda singgah dulu artikel Cara Mudah Lulus Loan Bank (Part 1) untuk lebih memahami dan memberi manfaat untuk anda

Okay jom kita bedah siasat cara mudah lulus loan bank. Jadi takdalah korang tertanya kenapa loan kena reject. SILA BACA !

PERTAMA – SYARIKAT KUKUH

Okay senang je nak menilai syarikat anda kukuh atau tidak. Lihat pada payslip anda, wujud atau tidak potongan untuk Socso, EPF, EIS dan seumpama dengannya. Jika syarikat anda ada potongan untuk perkara sedemikian menandakan syarikat anda bekerja sekarang adalah kukuh. Contoh potongan EPF menunjukkan syarikat tersebut ada membuat potongan KWSP & caruman untuk pekerja. Secara tidak langsung, pekerja akan ada simpanan akaun KWSP di akaun 1 dan akaun 2.

KEDUA – PEKERJAAN KUKUH

Gaji banyak tak semesti menunjukkan pekerjaan anda kukuh ya. Begitu juga jawatan yang anda sandang sekarang akan memain peranan bagi menaikkan gred buyer. Kita boleh lihat beberpa pekerjaan yang tidak membenarkan beliau membuat loan perumahan, contohnya pelakon. Hal ini kerana golongan ini tidak mempunyai gaji tetap setiap bulan dan mereka hanya bergantung tawaran lakonan semata-mata.

KETIGA – STATUS JAWATAN

Status jawatan paling baik adalah TETAP. Bagi buyer yang mempuyai status jawatan tetap memang berpotensi dihantar mana-mana bank bagi proses loan perumahan. Bank beranggapan buyer tersebut mempunyai penetapan kerja dan kurang risiko untuk dibuang kerja. Berlainan bagi taraf KONTRAK hanya bekerja mengikut tempoh tertentu. Pekerja kontrak juga tidak mustahil ditamatkan serta-merta dalam tempoh kontrak sedang berjalan. Pkerja kontrak tetap boleh mencuba apply loan rumah tetapi bukan semua bank boleh terima.

KEEMPAT – KEWUJUDAN SLIP GAJI

Sebarang kemasukan gaji perlu ada bukti dari majikan. Setiap kemasukan/potongan perlu ada rekod dan tertera dalam slip gaji. Bagi majikan yang tidak menyediakan slip gaji menyebabkan pekerja sudah pasti tidak boleh apply apa-apa loan sekalipun. Slip gaji tidak semesti dalam berbentuk payslip. Terdapat juga majikanyang hanya menuggunakan salary voucher atau resit. Ianya masih diterima namun perlu dapatkan cop pengesahan & sign dari majikan. Akan tetapi sekiranya voucher/resit yang digunakan terdapat tulisan tangan memang tidak diterima oleh bank. Kesemua slip gaji (payslip/voucher/resit/dll…) seumpama dengannya wajib tulisan berkomputer.

KELIMA – TEMPOH PEKERJAAN

Pekerja yang sudah lama bekerja mempunyai rekod baik di mata bank kerana golongan ini sustain di company yang sama. Secara tidak langsung boleh meneruskan bayaran loan rumah tanpa sebarang masalah. Bagi pekerja yang baru memulakan kerja di company baru seeloknya perlu disahkan jawatan dan ada surat pengesahan jawatan tidak kira sudah bekerja berapa lama.

Sekiranya anda dah jelas dan faham untuk part 2, boleh tekan sini untuk lanjut ke Cara Mudah Lulus Loan Bank (Part 3)

Bagaimana Benahous Boleh Membantu Anda Mendapatkan Rumah Mampu Milik?

Benahous telah membantu lebih 60,000 rakyat Malaysia membuat semakan kelayakan untuk memiliki rumah dan telah membantu beribu-ribu rakyat Malaysia yang berusaha mendapatkan rumah pertama.

Pertama sekali, Benahous akan membantu anda untuk menyemak kelayakan anda. Sekiranya anda layak untuk mendapatkan rumah, tiada booking fee diperlukan.

Segala proses pembelian rumah, dokumen berkaitan, gaji serta perkiraan kelayakan akan diuruskan oleh pihak Benahous.

Bukan itu sahaja, anda akan jimat dengan lebih banyak kerana harga rumah Benahous jauh lebih murah daripada harga pasaran.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menyediakan maklumat berdasarkan senarai yang diberikan dan anda hanya perlu tunggu panggilan telefon tentang rumah pertama anda sahaja.

Klik butang di bawah untuk dapatkan maklumat lanjut

SAYA NAK DAPATKAN RUMAH MAMPU MILIK

Tentang Penulis

Muhammad Zulhelmy

Beliau berlatar belakang bidang Kejuruteraan Mekatronik membuat keputusan pembelian rumah di usia muda. Kehadiran di Benahous sebagai konsultan hartanah telah banyak membantu klien dari pelbagai sektor swasta & penjawat awam.

Hartanah
  • http://zulhelmy.benahous.com/