FAHAMKAN MINDSET BANKER
Seseorang individu yang ingin membuat loan perumahan terhadap bank perlu ketahui mindset di pihak bank :
a. Peminjam yang baik
Jika zaman sekolah mempunyai rekod pelajaran bagi menilai prestasi pelajar, pihak bank pula memerlukan rekod CCRIS. Rekod CCRIS menunjukkan individu melibatkan diri dengan komitmen bank dari aspek pembayaran, tunggakan (jika ada), dan status peminjam.
b. Sumber kewangan kukuh
Seorang peminjam yang mempunyai pendapatan yang baik akan beri WOW impression pada bank. Hal ini dinilai dari sudut simpanan (bank, tabung haji, ASNB, dll…), caruman KWSP, status pekerjaan (tetap/kontrak), tempoh pekerjaan, gaji pokok, jumlah tanggungan, umur dan lain-lain.
c. Dokumen yang terperinci
Jangan ingat interview kerja buat resume kemas & cantik untuk mudah diterima kerja. Pihak bank juga mahukan dokumen yang jelas, bersih dan paling penting tally. Tally disini bermaksud segala amount yang tertera di payslip perlu menyamai segala kemasukan income pada bank statement & kwsp. Dan tidak menjadi satu kesalahan melampirkan dokumen tambahan bagi mengukuhkan lagi dokumen permohonan rumah.
Tips Mudah Lulus Bank (Part 1)
Tips Mudah Lulus Bank (Part 2)
Tips Mudah Lulus Bank (Part 3)
Tips Mudah Lulus Bank (Part 4 Last)
LIST DOKUMEN PERUMAHAN LOAN BANK
1. Salinan Ic Buyer – Salinan kad pengenalan harus mempunyai bahagian depan & belakang pada page yang sama. Diingatkan tidak perlu berpalang kerana akan menyukarkan pihak bank untuk verify butiran buyer dengan list dokumen yang seterusnya.
2. Salinan Ic Pasangan (Join Loan) – Sekiranya permohonan tersebut join loan melibatkan ahli keluarga terdekat yang bekerja juga wajib sertakan salinan kad pengenalan. Diingatkan sekali lagi salinan ic bahagian depan & belakang pada page yang sama. Salinan juga tidak perlu berpalang. Siapa boleh join loan ?
3. Sijil Nikah (Join Loan Pasangan) – Bagi pemohon yang join loan bersama pasangan, sijil nikah diperlukan sebagai bukti kedua-dua pemohon merupakan pasangan suami & isteri yang sah. Hanya pasangan yang berkahwin sahaja dibenarkan join loan bersama & kedua-duanya mestilah bekerja. Tunang, couple & kawan tidak dibenarkan sama sekali
4. Surat Beranak – Pastikan bangsa & keturunan yang tertera pada surat beranak bertepatan dengan plot/unit yang buyer ambil. Bagi status Tanah Rizab Melayu hanya untuk golongan bangsa & keturunan MELAYU sahaja. Jika terdapat melayu campuran sebagai contoh melayu bidayuh tidak dibenarkan. Bagi plot/unit bumiputera (B) hanya boleh untuk golongan bangsa & keturunan MELAYU sahaja. Bagi plot/unit non-bumiputera (NB) boleh semua bangsa & keturunan.
5. Salinan CCRIS – Dokumen ini perlu ambil mengikut format standard Bank Negara Malaysia (BNM). Dan dokumen CCRIS yang sebenar-benar pihak bank mahukan memang berbayar. Kebiasaannya harga sekitar RM25, tetapi dengan Benahous hanyalah RM20 sahaja. Jika terdapat dokumen CCRIS disediakan secara percuma, percayalah permohonan akan di tolak pihak bank mentah-mentah kerana dokumen tersebut tidak lengkap.
6. Penyata Gaji 6 Bulan Terkini – Permohonan perumahan yang baik perlu ada minimum 6 bulan rekod kemasukan gaji tanpa gagal. Jika terdapat perpindahan kerja bermaksud jika anda tamat kerja syarikat A pada Jan23, anda sudah memulakan kerja baru di syarikat B. Segala amount yang tertera di payslip wajib tally kemasukan duit pada bank statement & KWSP.
7. Penyata Bank 6 Bulan Terkini – Rekod income 6 bulan terkini tidak boleh putus seperti yang dinyatakan pada Penyata Gaji 6 Bulan Terkini. Jumlah kemasukan gaji juga perlu tally dengan penyata gaji.
8. Penyata KWSP Terkini – Syarikat yang baik akan membuat caruman pada pekerja. Secara tidak langsung buyer mempunyai simpanan duit pada KWSP di Akaun 1 & Akaun 2. Caruman dari majikan juga membuktikan syarikat tersebut benar-benar kukuh di mata bank. Seeloknya sertakan penyata ini untuk 2 tahun terkini, kerana pihak bank ingin melihat rekod minimum 6 bulan terkini.
9. Borang EA Cukai Pendapatan (Jika Ada) – Sesebuah syarikat yang baik sudah pasti akan menyediakan dokumen EA Cukai Pendapatan buat pekerja. Segala rekod transaksi pendapatan tahunan akan direkodkan. Kebiasannya pekerja akan peroleh dokumen ini setiap bulan April bagi rekod pada tahun sebeumnya. Jika pekerja yang baru bekerja juga boleh request dengan HR jika disediakan.
10. Surat Pengesahan Jawatan – Individu yang sudah melepasi tempoh probation sudah pasti menerima surat pengesahan jawatan. Pihak bank tidak mahu pemohon yang masih belum penetapan jawatan. Jika status kontrak perlu tahu tidak semua bank boleh menerima permohonan perumahan.
11. Bank Mortgage Form – Setiap bank mempunyai borang permohonan perumahan tersendiri. Pemohon hanya perlu mengisi butiran diri, waris, pasangan & pekerjaan untuk pihak bank melihat secara ringkas latar belakang pemohon.
12. Booking Form – Borang ini perlu disediakan sendiri oleh agensi yang sedang berurusan dengan pemohon. Pastikan segala butiran yang diisi oleh agensi adalah tepat, benar & betul.
13. Sijil AKPK – Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) ada meyediakan suatu website bagi buyer peroleh sijil AKPK untuk pembelian rumah pertama yang dikenali Rumahku. Segala kursus & sijil ini diperoleh secara online sahaja. Mudah faham, sijil kahwin dikeluarkan bagi calon yang sudah menghadiri kursus kahwin & peroleh ilmu sebelum melangsungkan perkahwinan. Sijil Rumahku AKPK pula dikeluarkan bagi calon memperoleh ilmu pembelian rumah sebelum meneruskan permohonan perumahan.
Semoga segala perkongsian ini bermanfaat dan dapat membantu kalian diluar sana menyediakan dokumen perumahan yang lengkap. Jika anda ingin segala urusan dokumentasi perumahan & projek perumahan yang berbaloi boleh berhubung terus dengan pihak Benahous ya.
Bagaimana Benahous Boleh Membantu Anda Mendapatkan Rumah Mampu Milik?
Benahous telah membantu lebih 60,000 rakyat Malaysia membuat semakan kelayakan untuk memiliki rumah dan telah membantu beribu-ribu rakyat Malaysia yang berusaha mendapatkan rumah pertama.
Pertama sekali, Benahous akan membantu anda untuk menyemak kelayakan anda. Sekiranya anda layak untuk mendapatkan rumah, tiada booking fee diperlukan.
Segala proses pembelian rumah, dokumen berkaitan, gaji serta perkiraan kelayakan akan diuruskan oleh pihak Benahous.
Bukan itu sahaja, anda akan jimat dengan lebih banyak kerana harga rumah Benahous jauh lebih murah daripada harga pasaran.
Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menyediakan maklumat berdasarkan senarai yang diberikan dan anda hanya perlu tunggu panggilan telefon tentang rumah pertama anda sahaja.
Klik butang di bawah untuk dapatkan maklumat lanjut
Leave A Comment