APAKAH LOAN LPPSA

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), merupakan institusi yang membenarkan pekerja sektor kerajaan membuat permohonan melibatkan hartanah. Pekerja kerajaan yang sudah disahkan jawatan TETAP sahaja layak memohon. Menarik loan LPPSA adalah kelulusan adalah 100% pinajaman dengan kadar interest tetap 4%. Loan LPPSA boleh digunakan sebanyak 2 kali seumur hidup. Kebanyakan jenis pinjaman hanya membenarkan peminjam membuat LPPSA kedua selepas loan LPPSA pertama sudah langsai. Terdapat 7 jenis loan lppsa melibatkan hartanah seperti :

Jenis 1 : Membeli rumah atau petak rumah kediaman yang telah siap

Jenis 2 : Membina rumah di atas tanah sendiri

Jenis 3 : Membeli rumah atau petak rumah kediaman dalam pembinaan

Jenis 4 : Membeli tanah dengan tujuan membina rumah

Jenis 5 : Menyelesaikan hutang pinjaman perumahan daripada bank / institusi kewangan

Jenis 6 : Membina rumah di atas tanah pemohon yang dibeli melalui pinjaman BPP / LPPSA

Jenis 7 : Membuat kerja ubahsuai atas rumah atau petak rumah kediaman

LIST DOKUMEN PERUMAHAN LOAN LPPSA

1. *Salinan IC Buyer – Salinan kad pengenalan harus mempunyai bahagian depan & belakang pada page yang sama. Diingatkan tidak perlu berpalang kerana akan menyukarkan panel LPPSA untuk verify butiran buyer dengan list dokumen yang seterusnya.

2. *Salinan IC Pasangan (Join Loan) – Sekiranya permohonan tersebut join loan melibatkan ahli keluarga terdekat yang bekerja juga wajib sertakan salinan kad pengenalan. Diingatkan sekali lagi salinan ic bahagian depan & belakang pada page yang sama. Salinan juga tidak perlu berpalang. Siapa boleh join loan ?

3. *Salinan IC Pewaris (Jika Ada) – Sekiranya pemohon mempunyai waris sebagai contoh pasangan berkahwin sudah mempunyai anak boleh sertakan salinan IC anak. Ibu & bapa juga boleh dijadikan sebagai waris. Diingatkan sekali lagi salinan ic bahagian depan & belakang pada page yang sama. Salinan juga tidak perlu berpalang.

4. *Sijil Nikah (Jika Berkahwin) – Bagi pemohon yang join loan bersama pasangan, sijil nikah diperlukan sebagai bukti kedua-dua pemohon merupakan pasangan suami & isteri yang sah. Hanya pasangan yang berkahwin sahaja dibenarkan join loan bersama & kedua-duanya mestilah bekerja. Tunang, couple & kawan tidak dibenarkan sama sekali

5. *Surat Beranak – Pastikan bangsa & keturunan yang tertera pada surat beranak bertepatan dengan plot/unit yang buyer ambil. Bagi status Tanah Rizab Melayu hanya untuk golongan bangsa & keturunan MELAYU sahaja. Jika terdapat melayu campuran sebagai contoh melayu bidayuh tidak dibenarkan. Bagi plot/unit bumiputera (B) hanya boleh untuk golongan bangsa & keturunan MELAYU sahaja. Bagi plot/unit non-bumiputera (NB) boleh semua bangsa & keturunan.

6. *Penyata Gaji 3 Bulan Terkini (Ada QR Code) –  Penyata gaji 3 bulan terkini diperlukan unutk menilai gaji pokok, elaun tetap & potongan bagi membuat kiraan sama ada pemohon layak membuat pinjaman yang dinyatakan. Pemohon yang sudah disahkan jawatan tetap namun masih mempunyai potongan KWSP tetap boleh membuat pinjaman. Pemohon perlu download payslip yang mempunyai QR Code & kebiasaan QR Code hanya valid untuk 30 hari sahaja.

7. *Surat Iringan Permohonan – Surat ini antara dokumen penting yang wajib dinyatakan bagi membuat permohonan. Pemohonan perlu menyatakan surat ini mengikut standard format terkini yang LPPSA tetapkan. Pemohon juga boleh meminta kerani tempat kerja menyiapkan surat ini.

8. *Surat Pelantikan Jawatan Tetap – Surat ini antara dokumen penting yang wajib dinyatakan bagi membuat permohonan. Hanya surat yang menyatakan pemohon sudah disahkan jawatan TETAP sahaja layak memohon walaupun payslip masih wujud potongan KWSP.

9. *Surat Pemberian Taraf Pencen (55 Tahun & Ke Atas Sahaja) – Pemohon berusia 55 & ke atas wajib menyertakan salinan surat pemberian taraf pencen. Surat ini bagi memastikan pemohon memang benar-benar layak menerima pencen dan berpa jumlah anggaran pencen bakal diterima. Pemohon juga boleh menggunakan Surat Opsyen Pencen atau screenshot shaja Anggaran Pencen bagi menggantikan surat ini.

10. *Borang Online LPPSA – Dokumen ini akan menyatakan butiran pemohon, waris boleh dihubungi dan ketua jabatan. Buyer & Ketua Jabatan perlu mendatangani pada ruangan disediakan dimuka surat 4, 5 & 7. Cop pengesahan Ketua Jabatan juga wajib dilakukan.

11. Booking Form – Dokumen ini perlu disediakan oleh agensi yang berurusan dengan pemohon sekiranya membeli projek perumahan pemaju.

12. Government Set – Dokumen ini perlu disediakan oleh agensi yang berurusan dengan pemohon sekiranya membeli projek perumahan pemaju. Dokeumen ini akan menyatakan segala butiran pembelian rumah seperti geran, kedudukan rumah, kawasan projek dan lain-lain.

Remark * – List dokumen dinyatakan di atas yang mempunyai logo * wajib disahkan oleh Ketua Jabatan (KJ). Hanya KJ seperti dinyatakan pada dokumen Online LPPSA sahaja layak mengesahkan.

Semoga segala perkongsian ini bermanfaat dan dapat membantu kalian diluar sana menyediakan dokumen perumahan yang lengkap. Jika anda ingin segala urusan dokumentasi perumahan & projek perumahan yang berbaloi boleh berhubung terus dengan pihak Benahous ya.

Bagaimana Benahous Boleh Membantu Anda Mendapatkan Rumah Mampu Milik?

Benahous telah membantu lebih 60,000 rakyat Malaysia membuat semakan kelayakan untuk memiliki rumah dan telah membantu beribu-ribu rakyat Malaysia yang berusaha mendapatkan rumah pertama.

Pertama sekali, Benahous akan membantu anda untuk menyemak kelayakan anda. Sekiranya anda layak untuk mendapatkan rumah, tiada booking fee diperlukan.

Segala proses pembelian rumah, dokumen berkaitan, gaji serta perkiraan kelayakan akan diuruskan oleh pihak Benahous.

Bukan itu sahaja, anda akan jimat dengan lebih banyak kerana harga rumah Benahous jauh lebih murah daripada harga pasaran.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menyediakan maklumat berdasarkan senarai yang diberikan dan anda hanya perlu tunggu panggilan telefon tentang rumah pertama anda sahaja.

Klik butang di bawah untuk dapatkan maklumat lanjut

SAYA NAK DAPATKAN RUMAH MAMPU MILIK

Tentang Penulis

Muhammad Zulhelmy

Beliau berlatar belakang bidang Kejuruteraan Mekatronik membuat keputusan pembelian rumah di usia muda. Kehadiran di Benahous sebagai konsultan hartanah telah banyak membantu klien dari pelbagai sektor swasta & penjawat awam.

Hartanah
  • http://zulhelmy.benahous.com/