Apakah 3 Jenis Refinance Rumah di Malaysia?
1. Refinance Kadar & Terma
Maksud : Mengubah kadar faedah (interest%) yang dikenakan sebelum ini kepada kadar faedah baru yang lebih baik dengan mengekalkan jumlah pinjaman yang sama seperti sebelumnya.
Manfaat : Sesuai digunakan jika kadar faedah (interest%) pinjaman perumahan menurun dan rendah dalam pasaran semasa.
Jika pinjaman perumahan anda diambil sebelum (Kadar Dasar Semalaman) OPR dikurangkan, anda masih perlu membayar pada kadar faedah yang tinggi. Jadi anda disarankan untuk mencuba cara dibawah ini yang boleh membantu anda membuat penyatuan hutang dan mengurangkan beban kewangan anda,
Contoh Mudah: Kadar Faedah semasa 4% tahunan. Manakala, sebelumnya anda mengambil pinjaman perumahan dengan faedah tetap pada kadar 6% setahun.
- Jika anda refinance pinjaman rumah anda sekarang, anda memperolehi penjimatan 2% dari faedah anda setiap tahun sehingga keseluruhan baki pinjaman anda.
- Oleh itu, jika Market Value rumah anda RM500,000 ditambah pula penjimatan pinjaman 2% setiap tahun, anda mampu jimat sehingga RM10,000.
Melalui cara refinance Kadar & Terma ini, bayaran bulanan anda menjadi lebih rendah, meletakkan anda dalam kedudukan yang stabil, secara langsung memudahkan pembayaran ansuran setiap bulan.
2. Refinance Keluar Tunai (Cash-Out)
Maksud : Refinance ini menawarkan wang tambahan (cash-out) kepada anda. Jika anda sudah mempunyai rumah/hartanah, cara ini membantu anda memperolehi 90% dari nilai rumah/hartanah milik anda sekarang.
Manfaat : Melalui Cash-out dari rumah/hartanah milik anda ini, wang ini boleh digunakan untuk membeli rumah baru atau mengurangkan faedah tinggi hutang lain. Tambahan pula, baki pinjaman sedia ada boleh dilunaskan untuk mengurangkan pembayaran faedah bulanan rumah lama anda.
Contoh Mudah: Pada sepuluh tahun lalu, anda telah membeli hartanah dengan harga RM300,000. Manakala pasaran semasa hartanah tersebut bernilai RM500,000. Margin maksimum pinjaman yang dibenarkan untuk refinance adalah 90%. Jadi, RM500,000 x 90% = RM180,000.
- Pada asalnya, jumlah pinjaman anda adalah 90% X RM300,000 = RM270,000
- Berdasarkan penilaian pasaran semasa, hartanah anda bernilai RM500,000.
- Jadi, setelah anda mengeluarkan pinjaman 90% X RM500,000 = RM450,000
- Sekiranya tempoh dan faedah pinjaman anda kekal pada 35 tahun dengan kadar 4.25% setahun, kadar faedah pinjaman lama anda bernilai RM1,236.31 sementara faedah pinjaman baru anda adalah RM2,060.52.
3. Refinance Balik Tunai (Cash-In)
Maksud : Refinance cara ini seperti anda nak bayar sejumlah besar wang kepada prinsipal gadai janji yang sedia ada sebelum buat refinance.
Manfaat : Melalui Cash-In dari rumah/hartanah milik anda ini memastikan posisi lebih baik untuk anda mempertimbangkan rundingan kadar faedah (interest%) lebih rendah dan ansuran bulanan lebih baik dalam pinjaman perumahan baru anda. Walaupun kedengaran agak mahal tetapi ini adalah pilihan yang lebih baik untuk anda yang mempunyai ekuiti kurang dari 20%.
Contoh Mudah: Pakar nilaian hartanah menyatakan nilai pasaran semasa rumah anda adalah RM200,000 dan anda baru melunaskan bayaran RM10,000 untuk pinjaman perumahan anda.
- Hal ini demikian, hutang anda masih berbaki sebanyak RM190,000 untuk pinjaman yang ada.
- Nisbah LTV : 95% , anda hanya mempunyai ekuiti 5% sahaja untuk rumah anda.
- Jadi, LTV anda : 95%, maka anda boleh memohon pembiayaan semula tunai dan seterusnya membayar RM30,000 sebagai jumlah “lumpsum” untuk mengurangkan pinjaman yang ada kepada RM160,000.
- Seterusnya, LTV baru anda : 80%, dengan ekuiti rumah 20%, melayakkan anda untuk refinance.
Maklumat berkenaan Berapa Lama Proses Refinance Rumah boleh tekan sini
Bagaimana Benahous Boleh Membantu Anda Mendapatkan Rumah Mampu Milik?
Benahous telah membantu lebih 60,000 rakyat Malaysia membuat semakan kelayakan untuk memiliki rumah dan telah membantu beribu-ribu rakyat Malaysia yang berusaha mendapatkan rumah pertama.
Pertama sekali, Benahous akan membantu anda untuk menyemak kelayakan anda. Sekiranya anda layak untuk mendapatkan rumah, tiada booking fee diperlukan.
Segala proses pembelian rumah, dokumen berkaitan, gaji serta perkiraan kelayakan akan diuruskan oleh pihak Benahous.
Bukan itu sahaja, anda akan jimat dengan lebih banyak kerana harga rumah Benahous jauh lebih murah daripada harga pasaran.
Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menyediakan maklumat berdasarkan senarai yang diberikan dan anda hanya perlu tunggu panggilan telefon tentang rumah pertama anda sahaja.
Klik butang di bawah untuk dapatkan maklumat lanjut
Tentang Penulis
Nurul Amalina Sabri
Beliau telah berjaya memiliki Rumah Teres Semi-D diusia 25 tahun dan juga Pengusaha Homestay dari asset rumah pertamanya. Beliau merupakan salah seorang pembeli rumah yang berurusan dengan Pihak Benahous pada tahun 2019. Sejak penglibatan beliau sebagai Konsultan bertauliah Benahous, beliau telah berjaya membantu ramai pemohon penjawat swasta dan penjawat kerajaan yang kurang kelayakkan untuk Memiliki Rumah Pertama mereka. “Ada yang Mampu tapi Tidak Layak, Ada yang Layak tapi Lambat Ambil Tindakan & Akhirnya Menyesal Pabila Hilang Peluang…Jadi tugas saya untuk menyedarkan mereka (Golongan tersebut) untuk Bertindak Dari Sekarang ketika masih diberi peluang..” – Nurul Amalina Sabri
- http://amalinasabri.benahous.com/
Leave A Comment