KELEBIHAN RUMAH LELONG
Rumah lelong adalah rumah yang dijual oleh pihak bank ataupun pihak individu secara lelongan “auction” oleh pihak lelongan yang mempunyai lesen. Pelbagai manfaat boleh diperoleh melalui rumah lelong seperti :
HARGA BAWAH MARKET – Tidak dinafikan harga semenangnya di bawah market sebab rumah dilelong. Harga juga diturunkan dari semasa ke semasa namun ada had limit ketetapan harga yang ditetapkan bank.
NILAI NAIK RUMAH SIAP – Tidak dinafikan harga rumah lelong akan naik tinggi setelah siap diperbaiki. Boleh jadi harga akan naik dalam RM100K, namun harga bergantung pada market kawasan tersebut.
JIMAT AWAL PEMBELIAN – Maksud disini pembelian menguntungkan bagi harga yang jauh lebih rendah dari harga market. Contoh kawasan RM300K, tapi berjaya membeli rumah lelong pada harga RM150K.
KADAR BULANAN RENDAH – Pembeli menikmati bulanan yang rendah kerana loan yang diluluskan pihak bank mengikut harga lelongan.
KEKURANGAN RUMAH LELONG
Walaubagaimanapun masih terdapat kekurangan yang perlu diambil kira oleh pembeli seperti :
BANK DECLINE (LEASEHOLD) – Tempoh limit leasehold adalah 99 tahun. Namun jika baki tempoh sudah singkat akan menyukarkan pihak bank untuk meluluskan permohonan rumah. Jadi tempoh tersebut harus ditambah.
BANK DECLINE (CAVEAT) – Caveat bermaksud sekatan bagi hak pemilikan rumah yang dilakukan oleh owner atau ahli keluarga terdekat. Buyer perlu membayar caj untuk menghilangkan caveat. Terdapat juga status caveat yang tidak boleh ditukar sehingga bertahun lamanya.
KEADAAN RUMAH TERUK – Tidak dinafikan keadaan rumah lelong tidak terjaga. Terdapat juga kerosakan melapau seperti pecah, retak dan berbau. Malah terdapat rumah yang dihuni binatang berbisa seperti ular, lipan & serangga perosak.
KOS RENOVATION MELAMPAU – Tidak dinafikan kos penambahbaikan sememangnya tinggi walaupun harga pembelian murah. Boleh dikatakan memerlukan modal minimum RM 50,000 untuk membaik pulih rumah lelong.
KOS TUNGGAKAN TINGGI – Terdapat sesetengah rumah lelong yang sudah lama terbiar mempunyai kepelbagaian bulanan tertunggak seperti bil api/air, cukai pintu dan sebagainya.
KEADAAN RUMAH TIDAK TAHU – Majoriti rumah lelong tidak dapat dilihat keadaan sebenar dalaman rumah kerana berkunci. Jadi agak sukar untuk menilai kedaan rumah & jumlah kos diperlukan bagi membaik pulih.
DEPOSIT BURN – Buyer yang sudah berjaya lulus permohonan bank PERLU melangsaikan segala tunggakan & caj perkhidmatan dalam tempoh 90-120 hari. Sekiranya gagal, deposit tersebut burn.
PENALTI – Buyer yang sudah berjaya lulus permohonan bank TIDAK melangsaikan segala tunggakan & caj perkhidmatan dalam tempoh 90-120 hari, terdapat penalti yang perlu dibayar pada pihak bank.
PENGHUNI LAMA DEGIL – Terdapat juga kejadian penghuni masih menetap di rumah lelong dan tidak ingin keluar kerana tidak mempunyai tempat tinggal. Penyelesaian pertikaian antara pembeli & penghuni lama juga ada membawa kepada pihak polis.
Oleh yang demikian bagi pembeli rumah lelong perlu menyediakan sejumlah wang yang besar dan melibatkan duit simpanan anda. Tidak hairanlah rumah RM150K memerlukan hampir RM50K untuk caj, tunggakan & deposit. Ini belum termasuk kos kerosakan & penyelenggaraan rumah ya.
Bagi korang yang berminat untuk dapatkan rumah lelong dan tertanya tanya macam mana Cara Beli Rumah Lelong korang boleh tekan sini
Bagaimana Benahous Boleh Membantu Anda Mendapatkan Rumah Mampu Milik?
Benahous telah membantu lebih 60,000 rakyat Malaysia membuat semakan kelayakan untuk memiliki rumah dan telah membantu beribu-ribu rakyat Malaysia yang berusaha mendapatkan rumah pertama.
Pertama sekali, Benahous akan membantu anda untuk menyemak kelayakan anda. Sekiranya anda layak untuk mendapatkan rumah, tiada booking fee diperlukan.
Segala proses pembelian rumah, dokumen berkaitan, gaji serta perkiraan kelayakan akan diuruskan oleh pihak Benahous.
Bukan itu sahaja, anda akan jimat dengan lebih banyak kerana harga rumah Benahous jauh lebih murah daripada harga pasaran.
Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menyediakan maklumat berdasarkan senarai yang diberikan dan anda hanya perlu tunggu panggilan telefon tentang rumah pertama anda sahaja.
Klik butang di bawah untuk dapatkan maklumat lanjut
Leave A Comment