KELEBIHAN RUMAH UNDERCON
Rumah undercons adalah rumah yang masih belum siap dan sedang dibina oleh pihak pemaju. Kebiasaannya rumah jenis ini akan mengambil masa 2-3 tahun untuk siap jika landed. Pelbagai manfaat boleh diperoleh melalui rumah undercon seperti :
HARGA BAWAH MARKET – Tidak dinafikan harga sememangnya di bawah market sebab rumah sedang dibina. Contoh market RM280K, buyer boleh membeli rumah undercon bawah RM250K. Jadi akan datang nak plan jual semula (money flipping) atau refinance pun mudah.
NILAI NAIK RUMAH SIAP – Tidak dinafikan harga rumah underocn akan naik tinggi setelah siap sepenuhnya. Namun harga bergantung pada market kawasan tersebut.
JIMAT AWAL PEMBELIAN – Terdapat juga kawasan berdekatan tempat berpotensi mempunyai harga market yang tinggi sebagai contoh RM300K. Buyer pula membeli rumah undercon sekitar RM250K, nampak tak awal pembelian jimat RM50K. Terbaik kan.
PEROLEH 100% LOAN – Pembeli rumah pertama boleh guna Skim Rumah Pertama (SRP) dan menggunakan kelebihan rumah undercon ni untuk mendapat kelulusan 100% penuh jika profile korang baik. Bila profile buyer dan kewangan cantik amat mudah untuk mudah lulus loan.
WANG REBATE – Bagi pembeli mendapat 100% loan, korang tunggu la bila dapat rebate & duit tu masuk simpanan korang. BEST GILER ! Tujuan rebate juga untuk bantu cover baki loan jika slash margin. Contoh loan lulus 90%, baki 10% boleh menggunakan rebate untuk cover.
FREE CAJ TAMBAHAN – Harga rumah sudah termasuk semua caj yang diperlukan. Hal ini kerana buyer merupakan owner rumah yang pertama. Bukan seperti rumah subsale yang memerlukan caj untuk melakukan pindahan tukar nama hak milik.
KEKURANGAN RUMAH UNDERCON
Walaubagaimanapun masih terdapat kekurangan yang perlu diambil kira oleh pembeli seperti :
SIAPA JIRAN – Selagi rumah belum siap dan belum ada yang duduk, pembeli tidak akan tahu siapa jiran sendiri. Melainkan pembeli beli rumah tanah rizab melayu sudah pasti kesemua kejiranan merupakan orang melayu sahaja.
JAMINAN SIAP – Belum ada kepastian rumah siap sepenuhnya dan boleh diduduki mengikut tahun yang ditetapkan. Yang pasti rumah bertingkat ambil masa lama dari rumah landed.
PROJEK TERGENDALA – Perkara ini terjadi sekiranya projek dijalankan oleh pemaju yang kurang berpotensi dan kestabilan kewangan yang biasa. Namun, pembeli boleh melihat website KPKT untuk mengetahui kepelbagaian info bagi projek yang bermasalah termasuk pemaju yang tidak berpotensi ataupun blacklist. Terapat juga tips bagi memilih rumah undercon.
BOOKING FEE – Sesetengah projek memerlukan duit booking fee bagi pembeli ingin membeli rumah undercon ni. Tetapi ingat pesan diatas, jangan pernah sesekali membayar duit booking fee tanpa check kelayakan anda dahulu. Contoh kelayakan anda sebenarnya tidak lepas, nanti jadi kerja untuk minta refund duit booking. Bazir masa dan tenaga pula submit loan tetapi kena reject rupa-rupanya tidak melepasi kelayakan.
Bagi korang yang berminat nak untuk dapatkan rumah undercon tapi tak tahu macam mana untuk proses pembelian undercon korang boleh tekan sini
Bagaimana Benahous Boleh Membantu Anda Mendapatkan Rumah Mampu Milik?
Benahous telah membantu lebih 60,000 rakyat Malaysia membuat semakan kelayakan untuk memiliki rumah dan telah membantu beribu-ribu rakyat Malaysia yang berusaha mendapatkan rumah pertama.
Pertama sekali, Benahous akan membantu anda untuk menyemak kelayakan anda. Sekiranya anda layak untuk mendapatkan rumah, tiada booking fee diperlukan.
Segala proses pembelian rumah, dokumen berkaitan, gaji serta perkiraan kelayakan akan diuruskan oleh pihak Benahous.
Bukan itu sahaja, anda akan jimat dengan lebih banyak kerana harga rumah Benahous jauh lebih murah daripada harga pasaran.
Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menyediakan maklumat berdasarkan senarai yang diberikan dan anda hanya perlu tunggu panggilan telefon tentang rumah pertama anda sahaja.
Klik butang di bawah untuk dapatkan maklumat lanjut
Leave A Comment