Apa itu DSR?

Debt Service Ratio (DSR) dalam bahasa mudah adalah kadar kemampuan bulanan rumah yang sesuai untuk diambil bagi pembeli. Kiranya sejauh mana kemampuan anda untuk bayar semula hutang setiap bulan. Kategori DSR ditetapkan bagi gaji kasar kurang RM 3,500 dikategorikan 40% berbanding gaji kasar lebih RM 3,500 dikategorikan 70%. Kemudian kira berapa kelayakan rumah ikut formula bank tetapkan.

Formula DSR 40% –  (0.4 X Gaji Bersih) – Komitmen Sedia Ada

Formula DSR 70% –  (0.7 X Gaji Bersih) – Komitmen Sedia Ada

Bank akan gunakan gaji bersih bulanan dan jumlah hutang tetap setiap bulan (cth : kereta, personal loan, dll…) untuk tentukan samada tahap kewangan anda bagi bulanan rumah yang sewajarnya. Dari situ, senanglah bank nak buat keputusan samada mereka boleh bagi pinjaman rumah kepada anda atau tidak.

Yang paling penting, bank kena pastikan yang setiap peminjam tu mampu bayar balik pinjaman rumah yang dipinjam. Jadi, jika mereka rasa yang anda ada ciri-ciri susah nak bayar balik hutang (dalam erti kata lain, akan mengelat nak bayar balik pinjaman), memang tinggilah peluang permohonan anda ditolak bank.

Sebelum korang nak kira kelayakan, kira dahulu gaji bersih mengikut standard bank. Basic tetap ambil 100%, earnings (elaun, overtime, komisen, dll..) ambil 50% dan potongan (eps, socso, dll..) penolakan 100%. ARIF dikategorikan golongan 40% kerana gaji kasar kurang dari RM 3,500 & kemampuan bulanan yang wajar diambil sekitar RM 810. Walaubagaimanapun boleh ambil bulanan rumah lebih sedikit dari nilai DSR sewajarnya, namun perlu menepati syarat Net Disposable Income (NDI) yang ditetapkan pihak bank.

Sebelum korang nak kira kelayakan, kira dahulu gaji bersih mengikut standard bank. Basic tetap ambil 100%, earnings (elaun, overtime, komisen, dll..) ambil 50% dan potongan (eps, socso, dll..) penolakan 100%. SARA dikategorikan golongan 70% kerana gaji kasar lebih dari RM 3,500 & kemampuan bulanan yang wajar sekitar RM 1,465. Walaubagaimanapun boleh ambil bulanan rumah lebih sedikit dari nilai DSR sewajarnya, namun perlu menepati syarat Net Disposable Income (NDI) yang ditetapkan pihak bank.

Untuk tahu apa itu Net Disposable Income (NDI) dan cara pengiraannya boleh tekan sini

Bagaimana Benahous Boleh Membantu Anda Mendapatkan Rumah Mampu Milik?

Benahous telah membantu lebih 60,000 rakyat Malaysia membuat semakan kelayakan untuk memiliki rumah dan telah membantu beribu-ribu rakyat Malaysia yang berusaha mendapatkan rumah pertama.

Pertama sekali, Benahous akan membantu anda untuk menyemak kelayakan anda. Sekiranya anda layak untuk mendapatkan rumah, tiada booking fee diperlukan.

Segala proses pembelian rumah, dokumen berkaitan, gaji serta perkiraan kelayakan akan diuruskan oleh pihak Benahous.

Bukan itu sahaja, anda akan jimat dengan lebih banyak kerana harga rumah Benahous jauh lebih murah daripada harga pasaran.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menyediakan maklumat berdasarkan senarai yang diberikan dan anda hanya perlu tunggu panggilan telefon tentang rumah pertama anda sahaja.

Klik butang di bawah untuk dapatkan maklumat lanjut

SAYA NAK DAPATKAN RUMAH MAMPU MILIK

Tentang Penulis

Muhammad Zulhelmy

Beliau berlatar belakang bidang Kejuruteraan Mekatronik membuat keputusan pembelian rumah di usia muda. Kehadiran di Benahous sebagai konsultan hartanah telah banyak membantu klien dari pelbagai sektor swasta & penjawat awam.

Hartanah
  • http://zulhelmy.benahous.com/