Mampu ke Nak Beli Rumah Sekarang? Atau Menyewa Dulu? Perlu ke Beli Rumah Sekarang? Atau Alaaa Awal lagi kan sewa dulu lah! Tapi nanti tangguh tangguh dah tak layak beli rumah sendiri pulak? Jadi yang mana satu penting? Beli atau Sewa dulu ?
- Adakah aku mampu dan layak?
Kalau mampu dan layak, jangan TANGGUH. Daripada terus menyewa baik beli dulu rumah sendiri walaupun rumah tu sederhana sahaja. Ikut kemampuan diri sendiri, tanya poket masing-masing.
- Adakah aku mempunyai pekerjaan dan gaji yang stabil?
Dah ada pekerjaan dan gaji yang stabil jangan SELESA untuk terus menyewa! Harini mungkin anda ada pekerjaan, tetapi esok belum tentu. Ada jaminan tak esok lusa anda akan sihat seperti harini? Tengah ada kerja yang okay, jangan TANGGUH untuk beli rumah sendiri!
- Adakah aku mempunyai simpanan yang cukup?
Nak beli rumah ni kena konsisten bayar selama 30 ke 35tahun. Penting untuk anda belajar menyimpan sebelum anda nak beli rumah. Kalau nak bayar rumah sewa pun liat tiap-tiap bulan, jangan mimpi nak ada beli rumah sendiri lagi.
- Berapa lama aku akan tinggal di kawasan tersebut?
Menyewa tidak menjadi masalah. Kebiasaanya kita akan sentiasa berpindah kerja. Masalahnya, orang kita terlalu selesa menyewa sampai pencen. Beli dulu rumah anda sendiri, walaupun bukan untuk anda duduk. Sewakan dan jadikan ia sebagai aset anda dahulu dan bukannya liabiliti. Sampai masa dah nak pencen, ada rumah sendiri untuk duduk. Tak merempat.
Untuk korang yang ingin memiliki rumah buat kali pertama, korang boleh tekan sini untuk beberapa tips beli rumah pertama dan kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan cara kira kelayakkan rumah boleh tekan sini
Bagaimana Benahous Boleh Membantu Anda Mendapatkan Rumah Mampu Milik?
Benahous telah membantu lebih 60,000 rakyat Malaysia membuat semakan kelayakan untuk memiliki rumah dan telah membantu beribu-ribu rakyat Malaysia yang berusaha mendapatkan rumah pertama.
Pertama sekali, Benahous akan membantu anda untuk menyemak kelayakan anda. Sekiranya anda layak untuk mendapatkan rumah, tiada booking fee diperlukan.
Segala proses pembelian rumah, dokumen berkaitan, gaji serta perkiraan kelayakan akan diuruskan oleh pihak Benahous.
Bukan itu sahaja, anda akan jimat dengan lebih banyak kerana harga rumah Benahous jauh lebih murah daripada harga pasaran.
Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menyediakan maklumat berdasarkan senarai yang diberikan dan anda hanya perlu tunggu panggilan telefon tentang rumah pertama anda sahaja.
Klik butang di bawah untuk dapatkan maklumat lanjut
Tentang Penulis
Nurul Amalina Sabri
Beliau telah berjaya memiliki Rumah Teres Semi-D diusia 25 tahun dan juga Pengusaha Homestay dari asset rumah pertamanya. Beliau merupakan salah seorang pembeli rumah yang berurusan dengan Pihak Benahous pada tahun 2019. Sejak penglibatan beliau sebagai Konsultan bertauliah Benahous, beliau telah berjaya membantu ramai pemohon penjawat swasta dan penjawat kerajaan yang kurang kelayakkan untuk Memiliki Rumah Pertama mereka. “Ada yang Mampu tapi Tidak Layak, Ada yang Layak tapi Lambat Ambil Tindakan & Akhirnya Menyesal Pabila Hilang Peluang…Jadi tugas saya untuk menyedarkan mereka (Golongan tersebut) untuk Sedar pentingnya untuk Bertindak Dari Sekarang..” – Nurul Amalina Sabri
Leave A Comment