Apakah Progressive Fees ?
Ia merupakan bayaran bulanan yang dikenakan bagi pembeli rumah undercon (pembinaan) sewaktu rumah sedang dalam pembinaan.Boleh rujuk disini untuk info apa itu rumah undercon. Jumlah bayaran tersebut hanya mengikut berapa peratus kenaikan rumah sebelum bermulanya bayran full installment seperti tertera pada Sales Purchase Agreement (SPA). Bagi pembeli rumah undercon boleh menarik nafas lega kerana hanya mengeluarkan jumlah sedikit demi sedikit sambil menunggu rumah siap.
Rumah Undercon
Kelebihan Dan Kekurangan Rumah Undercon
Berbeza dengan pembeli rumah subsale atau lelong dimana sudah mulai bayar bulanan rumah sejurus selepas loan mereka lulus. Jadi bagi pembeli yang masih belum mempunyai kewangan yang kukuh amatlah disarankan membeli rumah yang sedang dalam pembinaan terlebih dahulu.Tekan sini untuk info lanjut berkenaan kelebihan dan kekurangan rumah undercon
Rumah Subsale
Kelebihan Dan Kekurangan Rumah Subsale
Hanya pembeli yang membuat loan melalui bank sahaja dikenakan bayaran progressive fees. Bagi pembeli menggunakan loan LPPSA, bayaran progressive fees akan didahulukan bayaran oleh Cagamas. Untungnya loan LPPSA, pembeli boleh menyimpan duit sepanjang rumah dalam pembinaan tanpa mula pemotongan di payslip. Tekan sini untuk info berkenaan apa itu rumah subsale
Bila Mula Bayar Progressive Fees ?
Selepas loan buyer lulus, pemaju akan memberitahu kepada lawyer & buyer mengenai berapa peratus rumah dibeli telah siap. Pemberitahuan pemaju kepada buyer melalui surat yang dipos kepada alamat yang buyer nyatakan dalam booking form. Tugas lawyer pula akan memaklumkan kepada pihak bank untuk mula disburst sejumlah duit kepada pemaju berdasarkan jumlah peratus yang telah siap. Setelah bank mula disburst duit pada pemaju, pihak bank pula memaklumkan pada pembeli jumlah progressive yang perlu dibayar melalui surat.
Jika pembeli tersebut membeli rumah sewaktu awal-awal pembinaan, jumlah permulaan progressive lebih rendah berbanding membeli rumah yang sudah hampir siap. Jadi sila beli rumah yang sedang awal pembinaan ya, harga start launch pun amatlah murah dan bawah dari market value. Jumlah progressive akan meningkat dari semasa ke semasa bergantung berpa peratus rumah pembeli sudah siap dibina.
Cara Kira Progressive Fees ?
Bila Mula Bayar Full Installment Bulanan ?
Pembeli mula bayar bulanan penuh bergantung pada situasi yang mana sampai dahulu iaitu :
1. Rumah sudah siap 95%
ATAU
2. Cukup 24 bulan dari tarikh mula sign SPA
Dua syarat yang dinyatakan ini tetap sama dikenakan bagi pembeli membuat permohonan BANK dan LPPSA.
Bagaimana Benahous Boleh Membantu Anda Mendapatkan Rumah Mampu Milik?
Benahous telah membantu lebih 60,000 rakyat Malaysia membuat semakan kelayakan untuk memiliki rumah dan telah membantu beribu-ribu rakyat Malaysia yang berusaha mendapatkan rumah pertama.
Pertama sekali, Benahous akan membantu anda untuk menyemak kelayakan anda. Sekiranya anda layak untuk mendapatkan rumah, tiada booking fee diperlukan.
Segala proses pembelian rumah, dokumen berkaitan, gaji serta perkiraan kelayakan akan diuruskan oleh pihak Benahous.
Bukan itu sahaja, anda akan jimat dengan lebih banyak kerana harga rumah Benahous jauh lebih murah daripada harga pasaran.
Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menyediakan maklumat berdasarkan senarai yang diberikan dan anda hanya perlu tunggu panggilan telefon tentang rumah pertama anda sahaja.
Klik butang di bawah untuk dapatkan maklumat lanjut
Leave A Comment