FAHAM MINDSET BANKER !!!

Pernah tak korang hadapi LOAN REJECT bila beli rumah. Ya mesti pernah & mesti ramai tak tahu. Pelbagai faktor sebenarnya loan ditolak oleh bank perlu tahu.

Sebelum tu korang kena faham mindset bank. Bank merupakan institusi menjalankan peminjaman wang. Apa yang mereka mahukan adalah peminjam yang berkualiti boleh bayar untuk tempoh jangka masa panjang. Lagi-lagi loan perumahan kini sehingga 35 tahun.

Jadi tiada istilah tolong member, adjust kasi jadi atau sekadar janji manis buyer boleh bayar. Semua tu perlukan bukti atas kertas menunjukkan peminjam tersebut benar-benar berkualiti.

Once bank luluskan pinjaman, bank akan keluarkan duit untuk beri pada pemaju, owner rumah subsale atau peminjam itu sendiri. Jadi siapa yang akan bayar semula adalah peminjam itu sendiri ikut masa yang ditetapkan.

Jadi korang bayangkan jadi banker, nak luluskan ke pinjaman RM 50,000 kepada peminjam yang hanya layak RM 30,000… Apatah lagi beratus-ratus ribu… Fikir-fikirkan ya…

KENAPA LOAN KENA REJECT ???

Okay jom kita bedah siasat reason bank reject loan anda. Jadi takdalah korang tertanya kenapa loan kena reject. SILA BACA !

PERTAMA – CLEAN CCRIS

Clean CCRIS bermaksud individu yang tiada sebarang apa-apa komitmen dengan bank tetapi terus apply loan rumah. Jadi bank agak skeptikal untuk luluskan loan rumah sedangkan komitmen jumlah kecil pun tidak berani ambil. Inikan bulanan rumah yang tinggi sehingga 30-35 tahun. Kemungkinan juga loan anda boleh lulus tetapi sukar mendapat 100% kelulusan. Mudah faham tiada rekod pekerjaan, tapi apply jawatan tinggi memang kena reject la kan. Yang terbaik, perlu wujudkan juga komitmen bank sebelum apply loan rumah tetapi jangan sampai hilang kelayakan pembelian rumah.

KEDUA – TUNGGAKAN CCRIS

Individu yang mempunyai komitmen sebelum apply loan rumah amatlah bagus. Namun sebarang tunggakan atau kelewatan bayar komitmen pun menjadi suatu isu juga. Bank skeptikal nak bagi pinjam duit jenis lewat bayar hutang sekitar 2-3 bulan ni. Member lewat bayar pun dah berkira. Inikan pula bank yang tak kenal pun korang ni siapa. Sesetengah rekod CCRIS yang ada kelewatan bayar hutang sekitar 1 bulan sahaja masih boleh diterima jika bernasib baik.

KETIGA – KURANG SIMPANAN

Simpanan seseorang menunjukkan tahap kestabilan/perbelanjaan dalam menguruskan kewangan. Bayangkan korang sebagai banker terima profile buyer apply rumah RM250K sekalipun tetapi simpanan RM500 sahaja. Kebarangkalian buyer tidak dapat meneruskan bayaran boleh berlaku sekiranya apa-apa kejadian buruk menimpa dirinya.

KEEMPAT – PENDIDIKAN RENDAH

Jika anda berpendidikan rendah, jangan terus beranggapan tiada harapan untuk pembelian rumah. Apa yang ingin disampaikan disini, institusi bank melihat pendidikan sebagai platform bagi memudahkan mendapat pekerjaan yang stabil. Terdapat juga golongan berpendidikan rendah masih diterima bank. Hal ini kerana mereka menguatkan lagi profile seperti join loan bersama, gaji yang baik dan pembayaran komitmen cantik.

Sekiranya anda dah jelas dan faham untuk part 1, boleh tekan sini untuk lanjut ke artikel Punca Loan Rumah Reject (Part 2)

Bagaimana Benahous Boleh Membantu Anda Mendapatkan Rumah Mampu Milik?

Benahous telah membantu lebih 60,000 rakyat Malaysia membuat semakan kelayakan untuk memiliki rumah dan telah membantu beribu-ribu rakyat Malaysia yang berusaha mendapatkan rumah pertama.

Pertama sekali, Benahous akan membantu anda untuk menyemak kelayakan anda. Sekiranya anda layak untuk mendapatkan rumah, tiada booking fee diperlukan.

Segala proses pembelian rumah, dokumen berkaitan, gaji serta perkiraan kelayakan akan diuruskan oleh pihak Benahous.

Bukan itu sahaja, anda akan jimat dengan lebih banyak kerana harga rumah Benahous jauh lebih murah daripada harga pasaran.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menyediakan maklumat berdasarkan senarai yang diberikan dan anda hanya perlu tunggu panggilan telefon tentang rumah pertama anda sahaja.

Klik butang di bawah untuk dapatkan maklumat lanjut

SAYA NAK DAPATKAN RUMAH MAMPU MILIK

Tentang Penulis

Muhammad Zulhelmy

Beliau berlatar belakang bidang Kejuruteraan Mekatronik membuat keputusan pembelian rumah di usia muda. Kehadiran di Benahous sebagai konsultan hartanah telah banyak membantu klien dari pelbagai sektor swasta & penjawat awam.

Hartanah
  • http://zulhelmy.benahous.com/