FAHAM MINDSET BANKER !!!
Sebelum terus membaca artikel ni , afdal untuk anda singgah dulu artikel Punca Loan Rumah Reject (Part 1) untuk lebih memahami dan memberi manfaat untuk anda
Pernah tak korang hadapi LOAN REJECT bila beli rumah. Ya mesti pernah & mesti ramai tak tahu. Pelbagai faktor sebenarnya loan ditolak oleh bank perlu tahu.
Sebelum tu korang kena faham mindset bank. Bank merupakan institusi menjalankan peminjaman wang. Apa yang mereka mahukan adalah peminjam yang berkualiti boleh bayar untuk tempoh jangka masa panjang. Lagi-lagi loan perumahan kini sehingga 35 tahun.
Jadi tiada istilah tolong member, adjust kasi jadi atau sekadar janji manis buyer boleh bayar. Semua tu perlukan bukti atas kertas menunjukkan peminjam tersebut benar-benar berkualiti.
Once bank luluskan pinjaman, bank akan keluarkan duit untuk beri pada pemaju, owner rumah subsale atau peminjam itu sendiri. Jadi siapa yang akan bayar semula adalah peminjam itu sendiri ikut masa yang ditetapkan.
Jadi korang bayangkan jadi banker, nak luluskan ke pinjaman RM 50,000 kepada peminjam yang hanya layak RM 30,000… Apatah lagi beratus-ratus ribu… Fikir-fikirkan ya…
KENAPA LOAN KENA REJECT ???
Okay jom kita bedah siasat reason bank reject loan anda. Jadi takdalah korang tertanya kenapa loan kena reject. SILA BACA !
PERTAMA – SYARIKAT TAK KUKUH
Kalau korang nak tahu company sedang bekerja sekarang kukuh ke tidak simple je. Kekukuhan sebuah syarikat dilihat kewujudan membuat caruman pada pekerja mereka seperti kwsp dan socso. Hal ini membuatkan pekerja mempunyai simpanan kwsp di akaun 1 & akaun 2 hasil caruman majikan setiap bulan. Ingat gaji tinggi bukanlah ukuran syarikat yang anda bekerja itu kukuh. Tidak hairanlah gaji RM 5,000 ke atas pun masih sukar mendapat 100% kelulusan.
KEDUA – PEKERJAAN TAK STABIL
Terdapat beberapa sektor yang menyukarkan individu apply loan rumah, contohnya pelancongan dan perhotelan. Sewaktu PKP di zaman Covid-19 yang melanda menyebabkan ramai pekerja dalam sektor ini kehilangan pekerjaan. Secara tak langsung, sektor seperti ini tergolong pekerjaan kurang stabil di mata bank. Tidak terkecuali bagi pekerjaan driver lori yang melibatkan risiko nyawa. Bagi anda yang sering melompat kerja atas faktor kenaikan gaji adalah bagus. Namun, tempoh berkhidmat dalam sesebuah syarikat juga peranan penting dalam kelulusan pembelian rumah.
KETIGA – DOKUMEN TAK JELAS
Dokumentasi adalah perkara paling penting sekali bagi permohonan rumah. Sewaktu intrview pandai pula susun dokumen & print resume cantik. Cuba kalau tak jelas, memang ke tong sampah jawabnya. Jadi, sila pastikan dokumen yang anda hantar mestilah jelas, bersih, kemas & semua tulisan kehilatan.
KEEMPAT – DOKUMEN TAK TALLY
Segala tulisan yang tertera di dokumen bukan sahaja jelas semata-mata, malah perlu dibuktikan. Dokumen asas perlu tally adalah payslip, penyata bank & penyata kwsp. Segala amount yang dinyatakan payslip mesti sama nilai kemasukan di bank & kwsp. Bagi dokumen yang perlu cop pengesahan majikan tu mesti selaras untuk semua dokumen.
Sekiranya anda dah jelas dan faham untuk part 2, boleh tekan sini untuk lanjut ke artikel Punca Loan Rumah Reject (Part 3 Last)
Bagaimana Benahous Boleh Membantu Anda Mendapatkan Rumah Mampu Milik?
Benahous telah membantu lebih 60,000 rakyat Malaysia membuat semakan kelayakan untuk memiliki rumah dan telah membantu beribu-ribu rakyat Malaysia yang berusaha mendapatkan rumah pertama.
Pertama sekali, Benahous akan membantu anda untuk menyemak kelayakan anda. Sekiranya anda layak untuk mendapatkan rumah, tiada booking fee diperlukan.
Segala proses pembelian rumah, dokumen berkaitan, gaji serta perkiraan kelayakan akan diuruskan oleh pihak Benahous.
Bukan itu sahaja, anda akan jimat dengan lebih banyak kerana harga rumah Benahous jauh lebih murah daripada harga pasaran.
Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menyediakan maklumat berdasarkan senarai yang diberikan dan anda hanya perlu tunggu panggilan telefon tentang rumah pertama anda sahaja.
Klik butang di bawah untuk dapatkan maklumat lanjut
Leave A Comment