FAHAM MINDSET BANKER !!!

Sebelum terus membaca artikel ni , afdal untuk anda singgah dulu artikel Punca Loan Rumah Reject (Part 1) dan Punca Loan Rumah Reject (Part 2) untuk lebih memahami dan memberi manfaat untuk anda

Pernah tak korang hadapi LOAN REJECT bila beli rumah. Ya mesti pernah & mesti ramai tak tahu. Pelbagai faktor sebenarnya loan ditolak oleh bank perlu tahu.

Sebelum tu korang kena faham mindset bank. Bank merupakan institusi menjalankan peminjaman wang. Apa yang mereka mahukan adalah peminjam yang berkualiti boleh bayar untuk tempoh jangka masa panjang. Lagi-lagi loan perumahan kini sehingga 35 tahun.

Jadi tiada istilah tolong member, adjust kasi jadi atau sekadar janji manis buyer boleh bayar. Semua tu perlukan bukti atas kertas menunjukkan peminjam tersebut benar-benar berkualiti.

Once bank luluskan pinjaman, bank akan keluarkan duit untuk beri pada pemaju, owner rumah subsale atau peminjam itu sendiri. Jadi siapa yang akan bayar semula adalah peminjam itu sendiri ikut masa yang ditetapkan.

Jadi korang bayangkan jadi banker, nak luluskan ke pinjaman RM 50,000 kepada peminjam yang hanya layak RM 30,000… Apatah lagi beratus-ratus ribu… Fikir-fikirkan ya…

KENAPA LOAN KENA REJECT ???

Okay jom kita bedah siasat reason bank reject loan anda. Jadi takdalah korang tertanya kenapa loan kena reject. SILA BACA !

PERTAMA – HARGA RUMAH MELEBIHI KELAYAKAN

Kesilapan ni terjadi bagi golongan newbie yang baru mencari rumah terus apply loan, end up kena reject. Lebih parah bila terus bayar booking fee atau caj yang dikenakan. Ingat sebelum nak beli rumah, sila check kelayakan dahulu kerana dapat membantu allocate budget & limit harga rumah dengan kelayakan.Nak semak sendiri pun senang je. Saya dah sediakan Sifir dan Cara Paling Senang Kira Kelayakan Rumah untuk lulus untuk rujukan .Logik akal kelayakan RM250K nak apply rumah RM300K, fikir-fikirkan ya.

KEDUA – TIADA JOIN LOAN

Si suami sudah pasti ingin menyediakan kediaman selesa buat keluarga. Namun apakah daya dengan kelayakan sendiri tidak membenarkan. Si isteri ingin membantu namun masih belum bekerja. Ibu bapa sendiri pula sudah pencen dan tidak mampu bekerja lagi. Adik-beradik pula sudah mula fokus dalam keluarga masing-masing. Anak-anak masih dalam pengajian juga tidak dapat join loan bersama. Hal-hal seperti ini yang membuatkan keinginan memiliki rumah sendiri tertangguh.

KETIGA – STATUS KONTRAK

Bagi pekerja status kontrak jangan terus beranggapan tiada harapan memiliki rumah. Anda masih boleh apply rumah, cuma bukan semua bank boleh meluluskan permohonan anda. Walaubagaimanapun, pekerja status kontrak boleh berbincang semula dengan majikan untuk penyerapan status tetap bagi memudahkan anda memiliki rumah idaman.

KEEMPAT – BAKI TEMPOH LEASEHOLD

Kebanyakan rumah berstatus leasehold berada di kawasan berpotensi tinggi. Tidak hairanlah kategori rumah ini menjadi lubuk CASHFLOW atau MONEY FLIPPING bagi sesetengah pengusaha hartanah. Hal ini kerana kawasan sekitarnya yang membangun membuatkan harga sewaan dan harga rumah naik dengan cepat setiap tahun. Bagi pembeli rumah leasehold perlu buat semakan berapa baki tempoh leasehold tersebut. Hal ini kerana tidak semua bank boleh mmeluluskan permohonan kategori rumah leasehold yang berbaki tempoh pajakan sekitar 30-60 tahun. Apa-apa pun cuba je dahulu ya.

Ketiga tiga faktor diatas sangat berkait rapat dengan “Grade Buyer” . Grade buyer juga antara potensi besar untuk kelulusan permohonan perumahan. Nak tahu apa itu Grade Buyer boleh tekan sini

Bagaimana Benahous Boleh Membantu Anda Mendapatkan Rumah Mampu Milik?

Benahous telah membantu lebih 60,000 rakyat Malaysia membuat semakan kelayakan untuk memiliki rumah dan telah membantu beribu-ribu rakyat Malaysia yang berusaha mendapatkan rumah pertama.

Pertama sekali, Benahous akan membantu anda untuk menyemak kelayakan anda. Sekiranya anda layak untuk mendapatkan rumah, tiada booking fee diperlukan.

Segala proses pembelian rumah, dokumen berkaitan, gaji serta perkiraan kelayakan akan diuruskan oleh pihak Benahous.

Bukan itu sahaja, anda akan jimat dengan lebih banyak kerana harga rumah Benahous jauh lebih murah daripada harga pasaran.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menyediakan maklumat berdasarkan senarai yang diberikan dan anda hanya perlu tunggu panggilan telefon tentang rumah pertama anda sahaja.

Klik butang di bawah untuk dapatkan maklumat lanjut

SAYA NAK DAPATKAN RUMAH MAMPU MILIK

Tentang Penulis

Muhammad Zulhelmy

Beliau berlatar belakang bidang Kejuruteraan Mekatronik membuat keputusan pembelian rumah di usia muda. Kehadiran di Benahous sebagai konsultan hartanah telah banyak membantu klien dari pelbagai sektor swasta & penjawat awam.

Hartanah
  • http://zulhelmy.benahous.com/