YANG MANA BELI DAHULU ???
Isu ni sebenarnya dah lama menghantui dibenak fikiran masyarakat kita terutama pada asosiasi Muda yang baru nak melangkah ke alam pekerjaan.Persoalan Rumah atau kereta boleh disamakan dengan Aset vs Liabiliti. Masing masing ada ‘Dalil’ atau “Nas” yang dianggap betul tiada salah untuk dimenangkan yang mana patut didahulukan. Jawapan soalan ni lihat pada situasi ataupun kelayakan masing-masing. Kebanyakan orang berfikir beli kereta dahulu, kemudian rumah. Secara peribadi pilihan yang tepat adalah pembelian rumah sebagai komitmen pertama lebih berbaloi. Anda nak tahu kenapa ?
1. Kenaikan harga rumah berlaku setiap tahun. Boleh jadi tahun sekarang ada kelayakan, tahun hadapan hilang kelayakan
2. Rumah dalam pembinaan (underconstruction) ada wang rebate dimana boleh digunakan untuk beli kereta cash atau jadikan downpayment
3. Perancangan yang meluas seperti jadikan homestay, sewaan, refinance ataupun aset warisan
4. Loan rumah lulus, berpeluang apply loan seterusnya. Berbanding loan kereta lulus, belum tentu ada kelayakan perumahan
5. Sumber pendapatan kedua jika berlaku sebarang kejadian tidak diingini
RUMAH – Harga rumah saban tahun meningkat & mengikut harga market semasa. Keuntungan cashflow diperoleh hasil membuat sewaan. Harga sewa turut meningkat sedangkan bulanan yang perlu dibayar masih mampu milik bergantung pada kadar OPR ditetapkan. Contoh 2022 harga rumah RM 210,000 sekitar 5 tahun boleh meningkat RM 40,000. Begitu juga sewaan boleh ditingkatkan bermua RM 1,200 kepada RM 1,400.
KERETA – Harga kereta saban tahun menurun & ketinggalan dari harga market semasa. Kerugian diperoleh kerana melibatkan kos yang perlu dibayar tanpa gagal apabila cukup tempohnya. Kereta juga jarang sekali dijadikan sewaan untuk mengutip keuntungan. Boleh jadi kereta yang dibeli tahun sekarang sudah mula turun harga sekitar RM10,000 pada tahun berikutnya. Contoh 2022 harga kereta RM 85,000, sekitar 5 tahun boleh menurun RM 55,000. Bulanan kereta juga sama sedangkan harga semakin merudum.
Kesimpulanya, sudah jelas kenapa pemilihan rumah sebagai komitmen pertama merupakan tindakan bijak yang perlu dilaksanakan. Ingat minimum kenaikan harga rumah sekitar 10%. Jika harga bermula RM 250,000 maka tahun hadapan sudah menjaid RM 275,000. Oleh yang demikian, buatlah tindakan yang betul dalam memilih komitmen pertama anda tanpa hilang kelayakan untuk membeli rumah bertahun lamanya. Harus bijak dalam membezakan dan memahami Aset Vs Liabiliti supaya dapat membuat keputusan yang menguntungkan dari merugikan kemudian hari .
Bagaimana Benahous Boleh Membantu Anda Mendapatkan Rumah Mampu Milik?
Benahous telah membantu lebih 60,000 rakyat Malaysia membuat semakan kelayakan untuk memiliki rumah dan telah membantu beribu-ribu rakyat Malaysia yang berusaha mendapatkan rumah pertama.
Pertama sekali, Benahous akan membantu anda untuk menyemak kelayakan anda. Sekiranya anda layak untuk mendapatkan rumah, tiada booking fee diperlukan.
Segala proses pembelian rumah, dokumen berkaitan, gaji serta perkiraan kelayakan akan diuruskan oleh pihak Benahous.
Bukan itu sahaja, anda akan jimat dengan lebih banyak kerana harga rumah Benahous jauh lebih murah daripada harga pasaran.
Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menyediakan maklumat berdasarkan senarai yang diberikan dan anda hanya perlu tunggu panggilan telefon tentang rumah pertama anda sahaja.
Klik butang di bawah untuk dapatkan maklumat lanjut
Leave A Comment