CIRI-CIRI PEMINJAM YANG BAIK !!!

Sebelum terus membaca artikel ni , ada baik untuk korang singgah dulu artikel Cara Mudah Lulus Loan Bank (Part 1) dan Cara Mudah Lulus Loan Bank (Part 2) untuk lebih memahami dan memberi manfaat untuk korang

Kalau dah ,Okay jom kita bedah siasat cara mudah lulus loan bank. Jadi takdalah korang tertanya kenapa loan kena reject. SILA BACA !

PERTAMA – DOKUMEN JELAS

Ini adalah perara BASIC yang wajib dilakukan sudut buyer. Dokumen yang dihantar perlu jelas & terang. Yelah nak submit apply rumah kan. Bila nak pergi interview kerja pandai pula susun dokumen cantik & jelas. Kena tahu, banker akan simpan segala dokumen pembelian untuk reference jika berlaku kejadian tidak diingini. Lagi satu jangan submit dokumen yang koyak, rapuh, kotor dan seumpama dengannya.

KEDUA – DOKUMEN TALLY

Ramai orang gaji tinggi pun tetap kena reject, eh kenapa ? Korang kena pastikan setiap statement & amount yang tertera di payslip perlu tally kesemuanya. Setiap kemasukan duit yang tertera di payslip mesti tally dengan bank statement & KWSP. Korang rasa boleh lulus ke contoh gaji bulan tersebut RM 2,500 tapi masuk bank RM 2,300. Kira company curi duit la kan. Hahaha. Amount basic anda perlu sama setiap bulan tertera di payslip. Jika ada kenaikan pangkat menyebabkan perubahan gaji basic, perlu nyatakan surat kenaikan pangkat sebagai bukti.

KETIGA – JOIN LOAN BERSAMA

Part ni ingat sampai bila-bila. Join loan bertujuan untuk meningkatkan kelayakan BUKAN meningkatkan kemampuan. Ukur baju badan sendiri, kalau kemampuan hanya RM 1,200 jangan memandai nak up kan target bulanan RM 1,500. INGAT, Jika anda seorang sahaja sudah ada kelayakan untuk beli rumah tak perlu join loan. Siapa golongan dibenarkan join loan ni ? Jawapan adalah bersama ibu bapa, adik-beradik, pasangan sudah berkahwin & anak. Nak lebih faham apa itu Loan Bersama dan siapa yang layak dalam ahli keluarga untuk buat Loan bersama boleh tekan sini

KEEMPAT – HARGA RUMAH IKUT KELAYAKAN

Part ni paling penting dalam apply loan perumahan. Korang pergi la check kelayakan dahulu sebelum beli rumah. Kebanyakan kesilapan selalu dibuat tengok rumah terus ghairah kumpul dokumen dan submit. Malah ada yang terus bayar duit booking RM 1,000 untuk lock rumah. END UP REJECT ! Jangan lah gelabah, kemudian susah pula nak refund duit. Kalau agen lari macam mana, korang halalkan ke…?

KELIMA – GOLONGAN USIA MUDA

Tidak dinafikan pembelian rumah diusia muda amatlah digalakkan. Apa-apa pun pastikan kelayakan & kemampuan dulu ya. Golongan muda mendapat insurans jauh lebih rendah berbanding golongan berusia. Sebagai contoh umur 25 grab rumah RM 230K bayar bulanan RM 1,150, tapi umur 35 bayar bulanan RM 1400. Terasa beb. Tempoh loan rumah adalah 30-35 tahun. Korang imagine umur 25 tahun akan habis bayar rumah pada usia 60 tahun. Kan cepat sikit habis bayar tu. Compare grab rumah usia 35 tetapi habis bayar pada usia 70 tahun. Bulanan tinggi sebab insurans tinggi ditambah pula pencen awal masih bayar loan rumah. Aduhai… :(

Kalau korang dah faham dan jelas , Tekan sini untuk ke artikel Cara Mudah Lulus Loan Bank (Part 4 Last)

Bagaimana Benahous Boleh Membantu Anda Mendapatkan Rumah Mampu Milik?

Benahous telah membantu lebih 60,000 rakyat Malaysia membuat semakan kelayakan untuk memiliki rumah dan telah membantu beribu-ribu rakyat Malaysia yang berusaha mendapatkan rumah pertama.

Pertama sekali, Benahous akan membantu anda untuk menyemak kelayakan anda. Sekiranya anda layak untuk mendapatkan rumah, tiada booking fee diperlukan.

Segala proses pembelian rumah, dokumen berkaitan, gaji serta perkiraan kelayakan akan diuruskan oleh pihak Benahous.

Bukan itu sahaja, anda akan jimat dengan lebih banyak kerana harga rumah Benahous jauh lebih murah daripada harga pasaran.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menyediakan maklumat berdasarkan senarai yang diberikan dan anda hanya perlu tunggu panggilan telefon tentang rumah pertama anda sahaja.

Klik butang di bawah untuk dapatkan maklumat lanjut

SAYA NAK DAPATKAN RUMAH MAMPU MILIK

Tentang Penulis

Muhammad Zulhelmy

Beliau berlatar belakang bidang Kejuruteraan Mekatronik membuat keputusan pembelian rumah di usia muda. Kehadiran di Benahous sebagai konsultan hartanah telah banyak membantu klien dari pelbagai sektor swasta & penjawat awam.

Hartanah
  • http://zulhelmy.benahous.com/