TANAH RIZAB MELAYU
Ia merupakan hartanah yang diperuntukan untuk orang melayu Islam sahaja. Penilaian bagi buyer yang layak memohon boleh dilihat pada surat beranak yang tertera bangsa & keturunan wujud perkataan MELAYU sahaja. Bagi melayu campuran sebagai contoh Melayu Bidayuh tidak layak membeli rumah di tanah rizab melayu. Jika pemohon merupakan bangsa melayu tetapi keturunan (ibu/bapa) merupakan negara lain (cth : korea) juga tetap tidak layak membeli rumah di Tanah Rizab Melayu.
Plot Bumiputera (B) – Unit rumah yang dijual hanya untuk orang+bangsa+keturunan Melayu sahaja
TANAH BUKAN RIZAB MELAYU
Ia merupakan hartanah yang diperuntukan untuk semua golongan yang mempunyai kepelbagaian bangsa & keturunan. Namun, unit rumah yang dijual di Tanah Bukan Rizab Melayu biasanya akan memperuntukan 2 jenis plot & pemilihan perlu mengikut profil buyer itu sendiri.
Plot Bumiputera (B) – Unit rumah yang dijual hanya untuk orang+bangsa+keturunan Melayu sahaja
Plot Non-Bumiputera (NB) – Unit rumah yang dijual dibenarkan untuk semua orang+bangsa+keturunan
FREEHOLD
Ia merupakan hartanah pegangan bebas tanpa sebarang had pemilikan. Senang cerita waris tidak kira berapa banyak keturunan sekalipun tetap boleh memegang hak pemilikan rumah ini tanpa sebarang bayaran. Selesai je tempoh pinjaman 35 tahun, automatik boleh dipegang & diwariskan untuk keturunan seterusnya. Hartanah jenis ini yang menjadi idaman buat semua pembeli. Walaubagaimanapun tidak mustahil sekiranya kerajaan ingin mengambil hak pemilikan semula hartanah tersebut, cuma kemungkinan terdapat pampasan yang akan diberikan kerajaan buat pembeli.
LEASEHOLD
Ia merupakan hartanah pegangan sementara di atas tanah pajakan yang disewa dari pihak kerajaan. Kebiasannya tempoh pajakan hartanah ini selama 99 tahun dengan pajakan paling pendek sekitar 30 tahun. Sekiranya tempoh pajakan ini tamat, pembeli atau waris seterusnya perlu membayar harga premium bagi menyambung pajakan seterusnya. Jumlah harga premium mengikut harga pada tahun terkini menambah tempoh pajakan yang ditetapkan mengikut berapa kadar harga bagi setiap kaki persegi.
Terdapat juga kemungkinan permohonan melanjutkan tempoh pajakan ditolak atas faktor kerajaan mempunyai perancangan bagi pembangunan di kawasan perumahan, namun jarang kes seperti ini berlaku. Walaubagaimanapun, kebanyakan pojek perumahan yang berstatus Leasehold ini semangnya amat berpotensi tinggi bagi membuat sewaan atau jual semula akan datang. Hal ini kerana pembangunan perumahan di kawasan bandar yang terancang.
Semoga segala perkongsian ini bermanfaat dan dapat membantu kalian diluar sana membuat pilihan pembelian rumah yang tepat. Jika anda ingin segala urusan dokumentasi perumahan & projek perumahan yang berbaloi boleh berhubung terus dengan pihak Benahous ya.
Bagaimana Benahous Boleh Membantu Anda Mendapatkan Rumah Mampu Milik?
Benahous telah membantu lebih 60,000 rakyat Malaysia membuat semakan kelayakan untuk memiliki rumah dan telah membantu beribu-ribu rakyat Malaysia yang berusaha mendapatkan rumah pertama.
Pertama sekali, Benahous akan membantu anda untuk menyemak kelayakan anda. Sekiranya anda layak untuk mendapatkan rumah, tiada booking fee diperlukan.
Segala proses pembelian rumah, dokumen berkaitan, gaji serta perkiraan kelayakan akan diuruskan oleh pihak Benahous.
Bukan itu sahaja, anda akan jimat dengan lebih banyak kerana harga rumah Benahous jauh lebih murah daripada harga pasaran.
Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menyediakan maklumat berdasarkan senarai yang diberikan dan anda hanya perlu tunggu panggilan telefon tentang rumah pertama anda sahaja.
Klik butang di bawah untuk dapatkan maklumat lanjut
Leave A Comment