Membeli sebuah rumah adalah salah satu keputusan kewangan terbesar dalam seumur hidup. Di Malaysia, di mana pasaran hartanah boleh menjadi sangat kompetitif dan kompleks, adalah penting untuk mengambil langkah kewangan yang tepat sebelum terjun ke dalam proses membeli sebuah rumah. Artikel ini bertujuan untuk memberikan pembaca dengan panduan mencantikkan profile kewangan ke tahap superb sebelum membeli rumah.
1. Kepentingan Semak Kelayakan Sebelum Membeli Rumah
Sebagai penasihat hartanah di Malaysia, saya memahami betapa pentingnya memeriksa kelayakan dahulu sebelum membeli rumah. Hal ini merupakan satu faktor penting yang perlu dipertimbangkan adalah sama ada anda layak untuk membeli rumah.
Terdapat beberapa faktor yang dapat mempengaruhi kelayakan anda untuk membeli rumah seperti pendapatan anda, skor kredit, dan nisbah kadar keberhutangan, umur pembeli, sektor pekerjaan dan sebagainya. Penting untuk memahami faktor-faktor ini dan bagaimana ia dapat mempengaruhi keupayaan anda untuk mendapatkan pinjaman perumahan. Jika anda tidak layak untuk mendapatkan pinjaman perumahan, anda mungkin tidak dapat membeli rumah, atau anda perlu mencari pilihan pembiayaan alternatif.
Tahap kekukuhan profil kewangan seseorang dapat menjamin pembelian rumah dengan kelulusan 100%. Beberpa dokumen sokongan boleh disertakan bagi membantu menaikkan grade individu seseorang sewaktu membuat pinjaman.
Cara Mudah Lulus Loan Bank (Part 1)
Cara Mudah Lulus Loan Bank (Part 2)
Cara Mudah Lulus Loan Bank (Part 3)
Cara Mudah Lulus Loan Bank (Part 4 Last)
Faktor penting lain yang perlu dipertimbangkan ketika memeriksa kelayakan anda adalah membeli rumah mengikut kemampuan anda. Penting untuk menentukan berapa banyak anda memperuntukkan perbelanjaan dalam membeli rumah sebelum anda mula mencarinya. Ini dapat membantu anda mengelakkan pembelian berlebihan atau terperangkap masalah kewangan.
Kesimpulannya, memeriksa kelayakan sebelum membeli rumah adalah penting untuk membuat keputusan kewangan yang bijak. Dengan memahami faktor-faktor kelayakan anda dan menetapkan bajet yang realistik, anda boleh memastikan bahawa anda membuat pelaburan yang bijak untuk masa hadapan. Sebagai penasihat hartanah, saya sentiasa menasihatkan klien saya untuk mengambil masa untuk memeriksa kelayakan mereka dan berunding dengan pakar kewangan jika diperlukan.
Anda boleh mengira pendapatan bersih standard kiraan bank. Klik link Cara Kira Kelayakan
2. Keperluan Bina Simpanan Kecemasan
Mewujudkan simpanan dana kecemasan amat penting untuk kestabilan kewangan, terutama jika ingin memiliki rumah di Malaysia. Berikut adalah beberapa tips untuk membina dana kecemasan yang boleh anda praktikkan.
- Keutamaan Dana : Tetapkan tujuan tabungan khusus untuk dana yang wajib dilaksanakan. Sebagai contoh rumah sewa, perbelanjaan hidup dan kelengkapan seharian. Anda perlu buat pengasingan tabungan secara teratur.
- Mulai Langkah Kecil : Jika Anda baru sahaja mewujudkan simpanan, jangan merasa terlalu sulit. Mulakan dengan simpanan yang kecil dari penghasilan pendapatan setiap bulan. Saat anda sudah terbiasa menyimpan, tingkatkan jumlah tabungan dari waktu ke waktu apatah lagi setelah kenaikan gaji.
- Dahulukan Keperluan : Bagi membina simpanan lebih cepat, sila abaikan perbelanjaan yang tidak perlu. Anda perlu menghadkan perbelanjaan yang tidak bermanfaat contohnya makan di luar dan hiburan bagi mengelakkan pembaziran. Kenal pasti perbelanjaan melibatkan (Aset VS Liabiliti) dan (Rumah Atau Kereta) terlebih dahulu.
- Guna Keuntungan Dengan Bijak : Jika Anda menerima keuntungan seperti bonus kerja, sila gunakan sebahagian untuk meningkatkan kecemasan anda. Jika melibatkan hutang disarankan juga buat pengasingan 50% bertujuan langsaikan hutang manakala 50% lagi simpanan. Bagi kehendak yang melibatkan nafsu semata-mata adalah lebih baik dielakkan.
- Pengasingan Dana Simpanan : Tabungan kecemasan juga digalakkan buat pengasingan mengikut tempoh jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Hal ini bertujuan, penglihatan pengeluaran yang wajar digunakan lebih jelas mengikut situasi saat genting atau terdesak di kemudian hari.
Dengan mengikuti tips ini, Anda dapat membina simpanan lebih kuat tanpa mengganggu kewangan anda. Dengan adanya dana kecemasan, anda boleh mendominasi tabungan simpanan mengikut keperluan dalam waktu yang sesuai.
3. Berapa Jumlah Perlu Disimpan
Ramai yang bertanya berapa jumlah kewangan yang harus disimpan untuk dana kecemasan. Jawabannyaagak subjektif, kerana bergantung pada situasi kewangan dan gaya hidup secara individual. Namun, sekiranya anda lebih mengurankan gaya hidup mewah sudah pasti lebih banyak simpanan boleh dilaksanakan. Secara umumnya simpanan yang wajar dilakukan adalah tiga hingga enam bulan perbelanjaan hidup Anda. Ini bererti jika kos sara hidup bulanan anda sekitar RM3.000, anda harus berusaha untuk menyimpan setidaknya RM9,000 hingga RM18,000 bagi dana kecemasan anda.
Namun, diingatkan sekali lagi keperluan kos sara hidup individu adalah berbeza. Misalnya bagi yang memiliki tanggungan atau bekerja sendiri, anda mungkin perlu menyimpan lebih banyak. Golongan B40 terutamanya disarankan membuat pendapatan pasif bagi menampung perbelanjaan bulanan & simpanan kecemasan tempoh yang panjang tanpa gagal. Bagi yang sudah mula berjinak dengan pembelian hartanah, anda boleh membina cashflow secara tidak langsung mengurangkan beban hidup hasil bayaran dari penyewa. Maksud Cashflow Dari Rumah.
Konklusinya, sebagai penasihat property di Malaysia, saya amat merekomendasi anda di luar sana memiliki simpanan dana kecemasan sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan pengeluaran hidup anda. Di era zaman serba menggigit ini adalah lebih wajar anda semua mewujudkan pendapatan pasif terutamanya golongan B40. Sila gunakan kapasiti sekeliling yang ada bagi mencari apakah jenis pendapatan pasif yang anda mahukan.
4. Gunakan Dana Kecemasan
Pertama sekali harus diingatkan bahawa simpanan dana kecemasan hanya untuk waktu kecemasan sahaja. Ini bermaksud pembiayaan yang tidak terduga di saat genting dan beralih perbelanjaan harian secara tiba-tiba. Contoh keadaan darurat termasuk pembaikan rumah, medical dan kehilangan pekerjaan. Sewaktuanda menghadapi saat genting dan ingin menggunakan dana kecemasan, ada beberapa hal yang perlu dititikberatkan :
- Patuhi Bajet Anda : Saat anda menggunakan dana kecemasan bukanlah menjadi alasan untuk berbelanja berlebihan atau pengeluaran melebihi rutin sedia ada. Sila patuhi bajet yang diperlukan sahaja tanpa mengambil kira rutin harian yang telah diperuntukkan.
- Isi Kembali Dana Anda : Setelah anda menggunakan dana kecemasan, amatlah penting untuk mengisinya kembali secepat mungkin. Sila pastikan anda buat penetapan waktu bagi mengisi semula dana kecemasan dan berusaha kembali secepatnya bagi mengisi rompong yang telah digunakan.
- Hindari Hutang Tambahan : Anda hanyalah menggunakan dana kecemasan yang telah diperuntukkan dari membuat sebarang pinjaman tambahan. Hal ini mengelakkan dari anda menambah komitmen bulanan seterusnya tidak dapat membuat simpanan secara konsisten seperti sebelum ni.
- Gunakan Dengan Bijak : Ketika Anda perlu menggunakan dana kecemasan, gunakanlah dengan bijak. Ambil tahu pengeluaran terbaik hanya melepasi jumlah kos yang diperlukan sahaja. Jika anda bijak mencari kos yang lebih murah lebih efektif lagi. Ingatlah dana tersebut bagi membantu mengatasi pembiayaan tak terduga, gunakan dengan berhemah.
Kesimpulannya, menggunakan dana kecemasan bukanlah di saat genting wajar dilakukan tetapi penggunaan yang bijak dapat menyelamatkan seseorang dari melakukan pembaziran yang melampau. Sebagai penasihat property di Malaysia, saya nasihatkan sebolehnya hindari hutang tambahan dan mempertahankan simpanan kecemasan di peringkat optimum.
5. Keperluan Dan Kehendak
Sebagai seorang penasihat property di Malaysia, saya selalu menyarankan klien saya untuk mengutamakan keperluan daripada kehendak ketika membuat keputusan kewangan. Tidak dinafikan pelbagai kehendak yang menggoda bagi memenuhi pendirian nafsu, tetapi bagi mengelakkan sikap boros dalam perbelanjaan ingatlah keperluan sahaja diutamakan. Wujudkan fokus anda dalam memastikan simpanan masa depan yang lebih stabil.
Sebagai contoh, rumah adalah keperluan karena menyediakan tempat tinggal yang selesa buat keluarga. Ini merupakan satu pelaburan jangka panjang yang dapat memberikan nilai waktu ke waktu, menjamin arah ingin dituju disaat tidak punyai apa-apa. Di sudut lain, kereta pula merupakan kehendak yang menyediakan kenyamanan dan kemewahan sahaja, tetapi bukan keperluan untuk kehidupan sehari-hari. Meskipun kereta mungkin penting bagi beberapa orang, seperti mereka yang tinggal di berjauhan, namun pemilihan kereta perlu dititikberatkan supaya tidak menganggu poket anda sehingga berdarah. Bukanlah satu kesalahan sekiranya anda mengutamakan kereta secondhand atau motosikal sahaja selagi belum berumah tangga.
Bagi mempertimbangkan keputusan yang ideal, anda disarankan juga membuat perbincangan dengan beberpa pihak yang sudah melalui proses saat genting yang anda sedang alami. Hal ini dapat membantu anda membuat tindakan bijak dan belajar dari kesilapan kenalan anda sewaktu ketika dahulu. Lebih memberangsangkan, sekiranya anda dapat memperkecilkan lagi kos perbelanjaan meskipun hal tersebut merupakan keperluan. Dengan fokus pada apa yang kita benar-benar perlukan dan menetapkan halatuju yang jela, kita dapat memastikan masa depan terbina dengan lebih stabil.
Kesimpulannya, sebagai penasihat property di Malaysia, saya selalu menyarankan klien saya untuk mletakkan keperluan daripada kehendak ketika membuat keputusan. Dengan cara ini sahaja, anda dapat mengurangkan kos perbelanjaan disamping meningkatkan tabungan lebih optimum dari semasa ke semasa. Ingatlah, segala tindakan yang dibuat terpalit dengan keputusan yang memberangsangkan ataupun pembaziran. Lebih-lebih lagi di era menggigit ini, mungkin anda perlukan Tips Menghadapi Krisis Ekonomi 2023.
Bagaimana Benahous Boleh Membantu Anda Mendapatkan Rumah Mampu Milik?
Benahous telah membantu lebih 60,000 rakyat Malaysia membuat semakan kelayakan untuk memiliki rumah dan telah membantu beribu-ribu rakyat Malaysia yang berusaha mendapatkan rumah pertama.
Pertama sekali, Benahous akan membantu anda untuk menyemak kelayakan anda. Sekiranya anda layak untuk mendapatkan rumah, tiada booking fee diperlukan.
Segala proses pembelian rumah, dokumen berkaitan, gaji serta perkiraan kelayakan akan diuruskan oleh pihak Benahous.
Bukan itu sahaja, anda akan jimat dengan lebih banyak kerana harga rumah Benahous jauh lebih murah daripada harga pasaran.
Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menyediakan maklumat berdasarkan senarai yang diberikan dan anda hanya perlu tunggu panggilan telefon tentang rumah pertama anda sahaja.
Klik butang di bawah untuk dapatkan maklumat lanjut
Leave A Comment