APA RUMAH UNDERCON ???
Mungkin ramai yang masih kurang tahu apa itu rumah undercon. Nama panjang adalah underconstruction. Untuk korang mudah faham rumah dalam pembinaan la.
Rumah ni tergolong bagi semua kategori rumah seperti teres, kondo, apartment, flat, banglo dan seumpama dengannya. Asalkan bukan kategori rumah lelong, rumah dah siap, rumah baru atau rumah subsale.
Rumah undercon ni kebiasaanya mengambil masa sekitar 2-3 tahun untuk siap sekiranya teres la. Kalau bertingkat tu fikir-fikirkan.
TIPS BELI UNDERCON ???
Normal ramai yang takut bila nak beli rumah undercon ni. Jadi apakah tips supaya tak silap pilih, har baca di bawah :
PERTAMA – UNIT RUMAH BANYAK
Ini tips paling simple yang boleh diguna pakai. Siapa setuju kebanyakan orang kaya memiliki jumlah kereta yang banyak. Yelah banyak duit katakan… So macam tu la menilai rumah undercon. Kita lihat berpa banyak unit dibangunkan. Semakin banyak unit menunjukkan kewangan pemaju tersebut stabil. Kena faham, pemaju pun perlu dapat kelulusan untuk bina rumah. Takkan nak beri pemaju kewangan cikai-cikai handle projek besar kan.
KEDUA – WEBSITE KPKT
Korang boleh search di website Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT). Website ni ada senarai projek termasuk pemaju yang muflis, projek terbengkalai, pemulihan tapak projek dan lain-lain. Jadi tiada la korang tersilap pilih projek atau pemaju yang tidak boleh dipercayai kan.
KETIGA – RUMAH LANDED
Seeloknya grab rumah landed sebab jangka masa untuk rumah ni siap lebih cepat berbanding bertingkat. Bukan bermaksud rumah bertingkat sure lambat siap, cuma kita nak kurangkan risiko dalam pemilihan rumah sesuai. Yelah siapa mahu bayar rumah full payment RM 1,000+ tapi rumah masih dalam pembinaan. Rumah landed sekitar 2-3 tahun boleh siap hingga 2 fasa, jadi potensi nak duduk lebih cepat berbanding rumah bertingkat sekitar 5-6 tahun.
BERAPA UNIT UNDERCON SESUAI ???
Part ni subjektif sikit cuma seperti diterangkan di atas, lebih banyak unit dibina lebih bagus. Hal ini kerana, unit yang banyak menggambarkan kawasan tempat tersebut mempunyai perancangan & potensi mendatang amat tinggi.
Sebagai contoh unit undercon sekitar 10,000+ unit dibangunkan, korang rasa la kan kawasan tersebut menjadi pekan atau bandar. Tahp kewangan pemaju memberangsangkan atau merudum. Faham-faham sendiri.
Terdapat beberapa projek sekitar 1,000 unit pun masih belum siap hampir 10 tahun & kerap tukar pemaju. Ada juga yang berjaya disiapkan. Senang cerita nak selamat, korang grab rumah undercon yang lebih dari 1,000 unit la kan. Contohnya undercon 5,000 unit sebagai ukuran minimum.
Jika korang berminat untuk beli rumah undercon tapi masih belum faham apa itu rumah undercon , korang boleh tekan sini untuk faham maksud rumah undercond
BERMINAT RUMAH UNDERCON ???
Mana nak grab rumah undrcon ni ya. Nampak menarik je rumah undercon ni kan, tapi boleh dapat ke ? YA BOLEH !!!
Actually, korang berurusan dengan BENAHOUS je. Agensi ni khas untuk RUMAH MAMPU MILIK. Ramai konsultan diorang memang pakar bab hartanah ni. Cuma tiada PHD je.
Har apa lagi tunggu. Klik la sekarang “SAYA NAK DAPATKAN RUMAH MAMPU MILIK”
Bagaimana Benahous Boleh Membantu Anda Mendapatkan Rumah Mampu Milik?
Benahous telah membantu lebih 60,000 rakyat Malaysia membuat semakan kelayakan untuk memiliki rumah dan telah membantu beribu-ribu rakyat Malaysia yang berusaha mendapatkan rumah pertama.
Pertama sekali, Benahous akan membantu anda untuk menyemak kelayakan anda. Sekiranya anda layak untuk mendapatkan rumah, tiada booking fee diperlukan.
Segala proses pembelian rumah, dokumen berkaitan, gaji serta perkiraan kelayakan akan diuruskan oleh pihak Benahous.
Bukan itu sahaja, anda akan jimat dengan lebih banyak kerana harga rumah Benahous jauh lebih murah daripada harga pasaran.
Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menyediakan maklumat berdasarkan senarai yang diberikan dan anda hanya perlu tunggu panggilan telefon tentang rumah pertama anda sahaja.
Klik butang di bawah untuk dapatkan maklumat lanjut
Leave A Comment